ARKIB

KATEGORI

Buletin

Motosikal ikonik jenama Royal Enfield kini boleh didapati menerusi Dreamshop

Berita Tempatan

Views

Platform e-dagang pertama di Malaysia dengan kategori automotif, Dreamshop mengumumkan satu lagi kerjasama bersama jenama ikonik, Royal Enfield.

Ini susulan daripada kerjasama jenama automotif pertamanya pada Oktober tahun lalu bersama jenama skuter mewah dari Itali, Vespa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran DCR, syarikat induk Dreamshop, Rosalie Lin, kemudahan dalam talian yang menyenangkan dan Pelan Pembayaran Mudah 0 peratus daripada 10 bank utama terbukti berjaya dengan jualan sebanyak 50 unit Vespa.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Pihaknya percaya dengan jalinan kerjasama bersama Didi Group, pengedar rasmi jenama Royal Enfield di Malaysia dan Maybank, Dreamshop bakal menjadi platform ideal bagi pelanggan membeli model Royal Enfield baharu mereka.

Dreamshop bekerjasama dengan sepuluh (10) bank utama dalam menawarkan pembelian yang menyenangkan dengan Pelan Pembayaran Mudah 0 peratus sehingga 36 bulan termasuk Malayan Banking Bhd (Maybank), United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

Pelanggan boleh menikmati tawaran tambahan seperti:

  • 30 ahli kad Maybank Premium pertama akan mendapat barangan Royal Enfield percuma bernilai RM300, kad Touch ‘n Go percuma bernilai RM300 dan diskaun 15 peratus untuk barangan Royal Enfield.
  • 30 pelanggan pertama selain pemegang kad Maybank Premium akan menikmati kad Touch ‘n Go percuma bernilai RM200 (tertakluk kepada terma & syarat).

 

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Lima model jenama ikonik yang boleh dimiliki di Dreamshop, antaranya:

  • Royal Enfield Classic 350 pada harga serendah RM 699 sebulan
  • Royal Enfield Meteor 350 pada harga serendah RM 723 sebulan
  • Royal Enfield Interceptor 650 pada harga serendah RM 984 sebulan
  • Royal Enfield Himalayan 411 pada harga serendah RM 877 sebulan
  • Royal Enfield Continental GT 650 pada harga serendah RM 1,038 sebulan

(Harga jualan di Semenanjung Malaysia, tanpa insurans)

Bersempena dengan kerjasama ini, Royal Enfield menganjurkan acara eksklusif buat pemegang Ahli Kad Premium Maybank pada 22 Mei 2022 yang menyaksikan rombongan 1,000 penunggang motosikal bersama Royal Enfield mereka.

Acara ‘The Distinguished Gentleman’s Ride’ telah diadakan di The Gasket Alley, Petaling Jaya dengan tema ‘Ride for a Purpose’. Acara ini diadakan pada hari yang sama di seluruh dunia dengan objektif meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan lelaki seperti kanser prostat, kesihatan mental dan program pencegahan bunuh diri.

Ahli Kad Premium Maybank yang menghadiri acara itu dapat melihat lebih dekat model Royal Enfield terbaharu dan menyemak mata ganjaran Maybank serta beramah mesra dengan peminat Royal Enfield yang lain. Untuk maklumat lanjut, layari www.dreamshop.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply