ARKIB

KATEGORI

Buletin

MPKj muncul PBT pertama guna kaedah ELV atasi masalah lambakan kenderaan buruk

Berita Tempatan

Views

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) muncul sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama menggunakan kaedah End Live Vehicle (ELV) bagi mengatasi masalah lambakan kenderaan buruk.

Menurut MalaysiaGazette, Yang Dipertuanya, Najmuddin Jemain berkata, ELV merupakan proses mengitar semula kenderaan dengan tahap pematuhan standard yang ketat dan menekankan kelestarian alam sekitar.

Menurut beliau, melalui proses yang sama, setiap kenderaan akan dileraikan secara teratur mengikut kaedah SW422 (piawaian Jabatan Alam Sekitar) dan komponen yang tidak dapat dikitar semula akan dihantar ke Kualiti Alam atau Pentas Flora untuk proses rawatan lanjut.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Kata beliau, pada masa ini hanya sebuah syarikat sahaja yang telah dilesenkan dan pihak MPKj bakal menjalinkan projek rintis kerjasama pintar bersama Car Medic Sdn Bhd yang dijangka bermula pada 1 Disember ini.

Melalui kerjasama pintar ini, Car Medic akan menunda semua kenderaan buruk iaitu kereta, bas, lori, kenderaan perdagangan dan kenderaan berat yang telah dinotis oleh MPKj ke depoh simpanan kenderaan buruk di Bandar Baru Bangi.

Selepas selesai proses lucut hak dan perundangan maka kenderaan ini ditunda semula ke depoh Car Medic untuk proses ELV.

Mengulas lanjut, Najmuddin berkata, sejumlah 5, 000 buah kenderaan telah diberi notis sebelum ini dan MPKj menjangkakan masalah berkaitan lambakan kenderaan buruk dapat diselesaikan.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Jelasnya, ketika ini keupayaan dan kemampuan untuk menunda kenderaan buruk sedia ada adalah terhad selain kawasan untuk meletak kenderaan yang tidak luas.

MPKj mempunyai tiga buah trak tunda konvensional dengan hanya 40 hingga 50 kenderaan sahaja dapat ditunda dalam tempoh sebulan. Kebanyakan kenderaan itu juga ditinggalkan di kawasan belukar dan taman perumahan yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.

Pihak Car Medic mempunyai keupayaan untuk menyediakan lori kren dan kerja-kerja penundaan kenderaan buruk akan menjadi lebih mudah dan sistematik. Aduan yang melibatkan kenderaan berat seperti bas, lori dan kenderaan perdagangan lain ditunda tanpa melibatkan sebarang kos.

Tambahnya lagi, kaedah ELV lebih mesra alam dan berbeza dengan kaedah pelupusan yang pernah dijalankan sebelum ini. Beliau juga yakin kaedah ELV akan menjadi pemangkin untuk penyelesaian lambakan kenderan buruk dan boleh diguna pakai di oleh PBT di seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Majlis Perbandaran Kajang

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply