ARKIB

KATEGORI

Info

MR.DIY tarik balik pelekat kereta berbentuk tapak kaki yang tertera kalimah Allah dan Muhammad dari pasaran

Info

Views

Baru-baru ini tular di laman Twitter satu klip video pendek yang memaparkan dua individu yang telah menjumpai kalimah Allah dan Muhammad di bahagian belakang pelekat kereta berbentuk tapak kaki yang di beli dari MR.DIY. Ia sekaligus mengundang kemarahan netizen yang meminta syarikat tersebut menghentikan jualan produk tersebut serta-merta.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan ringkas menerusi laman Facebooknya dua hari lalu mengumumkan penarikan balik pelekat kereta berbentuk tapak kaki dan simbol bagus (kod produk 9001393) yang tertera kalimah tersebut dan telah menyinggung perasaan komuniti Muslim.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

MR.DIY juga berasa sangat kesal terhadap perkara ini dan ingin meyakinkan pihak berkepentingan bahawa syarikat mengambil serius mengenainya. Sebagai sebuah syarikat tempatan, MR.DIY ingin menekankan bahawa mereka memahami dan menghormati sensitiviti semua komuniti dan tindakan segera ini menunjukkan komitmen mereka kepada pemegang kepentingannya.

Pelanggan yang telah membeli produk ini boleh menuntut bayaran ganti rugi sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian perkhidmatan MR.DIY di 03-89611338. Diharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang dan pihak penjual dan juga pengilang seharusnya lebih peka dan berhati-hati dalam perkara ini kerana ia bakal mengundang kemarahan orang ramai.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Boleh tak jangan mainkan isu agama, kaum dalam semua perkara? Kesalahan plate kaki tu sebenarnya pada pengilang, yang mana gunakan lebihan aluminium cetakan khat yang tidak lagi digunakan. Kesalahan juga boleh letak pada orang yang buat khat tu tapi dispose platenya secara tidak sepatutnya, samapai berakhir di kilang buat plate tapak kaki tu. Sekarang produk pun dah tarik balik, dan rasanya bukan intentionally done pun. Lagipun kita perasan tak kita selalu minta orang lain hormati sensitiviti kita, tapi pernah tak kita hormati sensitiviti orang lain. Lagi satu, di sekolah pun tidak pernah diajar sensitiviti ini seperti orang Islam tidak boleh makan babi, tetapi tidak pula diceritakan sentuh, bekas juga tidak boleh. Nak beli di hardware Melayu? Bro, hardware Melayu tu pun beli barang dia dari pemborong Cina juga.

Leave a Reply