ARKIB

KATEGORI

Tular

Muak dengan isu kotak gear ‘sengguk’ berulang, pemilik X70 CBU hantar surat peguam kepada Proton

Tular

Views

Tular di laman Facebook X70OCM (Proton X70 Owner Club Malaysia) satu tangkap layar draf surat peguam daripada seorang pemilik X70 bernama Summer Yippie Yap yang akan dihantar kepada pihak Proton. Katanya, dia sudah ‘muak’ dengan isu kotak gear ‘sengguk’ yang masih berulang dan tidak selesai sehingga kini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurut rakan media di Mekanika, individu tersebut yang juga seorang peguam ada bertanyakan kepada ahli Facebook X70OCM berkenaan masalah unit X70 CBU yang bergetar dan tersekat-sekat apabila kereta diperlahankan ke gear 4 tanpa menekan brek.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Merujuk kepada draf surat itu, dia dan beberapa orang rakannya akan menggunakan khidmat firma guaman Tan, Tan & Tan Associates yang beralamat di Taman Desa Kuala lumpur.

Surat bertarikh semalam (22 Disember 2021) itu dialamatkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar yang beribu pejabat di Centre of Excellence, Subang Jaya, Selangor. Bagaimanapun, tajuk atau isi surat berkenaan tidak didedahkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Summer Yippie Yap

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply