ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mudah Auto lancar kempen Jualan Kereta Terbesar di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Mudah Auto memperkenalkan kempen terbaharu, ‘Jualan Kereta Terbesar di Malaysia’ menerusi portal Mudah.my. Inisiatif ini tertumpu kepada usaha menyediakan platform untuk rakyat Malaysia membeli kereta pada nilai terhebat yang sesuai dengan kehendak mereka.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Ia juga seiring dengan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu merangsang pemulihan industri kereta terpakai. Lebih 1,600 pengedar kereta terpakai di Mudah.my bakal menawarkan diskaun tambahan, pada kadar minimum 10 peratus daripada harga tersenarai semasa kempen ini.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Sehingga kini, terdapat lebih 7,000 kereta yang telah disenaraikan untuk Jualan Kereta Terbesar di Malaysia, sebagai tambahan kepada lebih 80,000 kenderaan terpakai yang sedia ada di dalam Mudah.my. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my, Gaurav Bhasin, pihaknya turut menyasarkan untuk acara ini dicatat ke dalam Malaysia Book of Records untuk kategori Jualan Kereta (Dalam Talian) Terbesar di Malaysia.

Menurut Ketua Mudah Auto, Peter Wong, beliau gembira pihaknya dapat menjalinkan kerjasama untuk melonjakkan jualan menerusi 8 juta pengguna bulanan Mudah.my. Kempen Jualan Kereta Terbesar Malaysia telah bermula pada 15 Jun hingga 15 Julai 2020 dan warga Malaysia boleh melayari laman web Mudah.my atau memuat turun aplikasi Mudah.my untuk mencari tawaran kereta yang ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply