ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mudah.my dan MUV perkenal program kereta terpakai yang diperiksa bersama waranti, mVIP

Berita Tempatan

Views

Mudah.my dan MUV mengumumkan kerjasama strategik bagi menyediakan pilihan kereta terpakai terbesar yang telah diperiksa bersama waranti di Malaysia.

Menerusi program “Mudah Verification, Protection & Verification (mVIP)” di Mudah.my, ia bermatlamat untuk memberikan jaminan kepada pembeli kereta terpakai dan ketenangan fikiran terhadap kenderaan dibeli.

Tiga jaminan ditawarkan, iaitu pengesahan butiran pendaftaran dan pemilikan kereta, pengesahan keadaan sebenar kereta menerusi proses pemeriksaan menyeluruh dan peluang kepada pembeli untuk membeli lanjutan waranti.

Mudah.my dan MUV percaya dengan penggunaan teknologi, proses penjualan dan pembelian kereta terpakai akan menjadi lebih mudah dan telus. Mudah.my pada masa ini memiliki lebih 7.5 juta pelawat unik setiap bulan dan lebih 60,000 kereta tersenarai untuk dijual.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dengan kehadiran rangkaian MUV yang terdiri daripada pemeriksa terlatih untuk menjana laporan secara atas talian, mVIP Mudah.my ini mampu memberikan rakyat Malaysia pilihan kereta terpakai terbesar yang sudah diperiksa bersama waranti di Malaysia.

CEO Mudah.my, Gaurav Bhasin berkata, menerusi mVIP, pihaknya mencipta pasaran yang boleh dipercayai dan telus dengan menyediakan laporan tanpa bias mengenai keadaan sebenar kenderaan yang dibeli. Selain itu, Lanjutan Waranti turut ditawarkan ke atas kenderaan yang telah diperiksa menerusi program ini.

CEO MUV, Andy Teh pula berkata, pihaknya cukup teruja untuk bekerja bersama Mudah.my dan berkongsi kepakaran mereka dalam aspek pemeriksaan kereta terpakai menerusi rangkaian pusat serta hab pemeriksaannya di seluruh negara.

Tambah beliau, laporan menyeluruh pemeriksaan 180 poin MUV pada kenderaan telah menjadi rujukan bagi lebih daripada RM1.2 bilion nilai transaksi kenderaan di atas platform bidaan MUV secara atas talian. mVIP merupakan salah satu daripada program yang akan ditawarkan menerusi pakatan strategik ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Mudah.my dan MUV juga akan menawarkan perkhidmatan lengkap yang merangkumi pemindahan hakmilik (JPJ), pemeriksaan kereta (PUSPAKOM) dan mengatur pembiayaan dengan bayaran tetap yang kecil, tanpa melalui orang tengah.

Ketua Mudah Auto, Peter Wong berkata, Mudah.my juga merupakan tempat terbaik bagi pemilik kereta untuk meraih seberapa banyak keuntungan. Pemilik kereta boleh mendapat lebih keuntungan antara 20 peratus hingga 40 peratus apabila menjual kereta mereka menerusi platform ini.

Pemilik dan pembeli kereta boleh memilih untuk memuktamadkan penjualan dan pemindahan hak milik hanya dengan melawat pusat MUV terpilih di seluruh Malaysia untuk meninggalkan sementara kenderaan mereka dan kemudian mengambilnya semula apabila pemindahan nama selesai.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.mudah.my/mvip/ atau muat turun aplikasi Mudah.my bagi melihat kategori kereta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply