ARKIB

KATEGORI

Info

Musim tengkujuh kian hampir, rancang perjalanan bersama Maxim e-panggilan

Info

Views

Lazimnya pada bulan Oktober sehingga Disember adalah musim tengkujuh, di mana purata hujan meningkat dan kebanyakan negeri di Malaysia mengalami hujan setiap hari terutama di waktu petang.

Ini menyebabkan pertambahan penggunaan kereta di jalan raya, di mana kebanyakan pekerja yang sebelum ini hanya bermotosikal ke pejabat mula membawa kereta masing-masing dan sesetengah daripada mereka menggunakan perkhidmatan e-panggilan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Maxim e-panggilan Malaysia merupakan salah satu perkhidmatan yang terkemuka di dunia dengan menawarkan harga yang berbaloi walaupun semasa musim hujan.

Pengguna juga dapat mengetahui kos perjalanan semasa membuat pesanan di aplikasi, walaupun ketika cuaca buruk atau kesesakan lalu lintas.

Penumpang juga boleh mendapat akses terus ke tempat yang diletak di dalam aplikasi dan Maxim e-panggilan akan terus ke destinasi, tanpa perlu lagi menunggu bas atau pengangkutan yang lain dalam keadaan basah kerana hujan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Sehubungan dengan ini, pihak Maxim Malaysia mengambil inisiatif dengan mencadangkan beberapa langkah atau cadangan yang boleh digunakan oleh pengguna Maxim e-panggilan:

  • Membuat pesanan awal di aplikasi Maxim dan berhubung dengan bakal pemandu anda – Pilih tarikh dan masa yang anda mahu di bahagian pra tempahan. Di mana penumpang akan diberikan akses untuk berhubung terus dengan pemandu.
  • Hubungi rakan untuk berkongsi kenderaan dan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. Penumpang Maxim juga boleh menambah dua alamat penghantaran di mana pemandu akan menghantar penumpang ke dua alamat yang berbeza dengan satu perjalanan.
  • Pengguna juga boleh membuat pesanan penghantaran barang dan makanan menggunakan aplikasi Maxim ketika cuaca buruk, ini kerana pihak Maxim Malaysia juga mempunyai kereta sebagai penghantar. Tidak perlu risau lagi dengan barang yang akan rosak akibat hujan, hanya perlu membuat pesanan melalui aplikai Maxim dan memilih penghantaran.

Seperti yang dicadangkan, Maxim Malaysia percaya bahawa petua ini boleh memudahkan penumpang untuk mendapatkan kenderaan e-panggilan dengan mudah dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply