ARKIB

KATEGORI

Buletin

My Auto Fest 2016 bakal tawar harga dan pakej unik sempena Hari Raya

Views

Pameran jualan kenderaan My Auto Fest 2016 bakal dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) akan menawarkan harga dan pakej unik sempena musim Hari Raya Aidilfitri. Pameran tersebut akan berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa MINES (MIECC) bermula dari 20 hingga 22 Mei nanti.

Ia bakal menghimpunkan jenama dan pengeluar kenderaan utama di Malaysia di bawah satu bumbung untuk menawarkan promosi terbaik kepada pelanggan dengan matlamat untuk merancakkan kembali pasaran automotif tempatan.

“Disebabkan kejatuhan nilai Ringgit, beberapa pengeluar terpaksa menaikkan harga jualan kenderaan mereka. Majlis MAA dengan sokongan pengeluar dan pengedar kenderaan mengambil inisiatif untuk menganjurkan pameran yang bertujuan untuk menawarkan promosi jualan kenderaan. Kami berharap ia bakal menjadi pemangkin kepada peningkatan jumlah jualan industri tahun ini,” kata Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad.

Bagi yang ingin membeli kenderaan baharu, setiap pembelian dan tempahan kenderaan pada pameran ini bakal mendapat promosi khas sempena ketibaan musim Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba pada awal bulan Julai.

Antara tawaran yang bakal ditawarkan ialah dalam bentuk diskaun harga, subsidi faedah bagi pinjaman kenderaan serta pemansuhan bayaran muka. Tawaran yang menarik ini hanya ekslusif di pameran My Auto Fest 2016 sahaja.

Dijangka 20 jenama kenderaan bakal menyertai My Auto Fest 2016 dengan lebih daripada 100 model kenderaan akan dipamerkan. Selain itu pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan antaranya ialah sesi pandu uji, cabutan bertuah, pameran perkakasan gaya hidup, trak makanan dan permainan kanak-kanak. Masuk adalah PERCUMA!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply