ARKIB

KATEGORI

Buletin

MYPerodua Nation 2019 dijangka lebih meriah

Berita Tempatan

Views

Kira-kira 25,000 pengunjung dijangka hadir ke karnival MYPerodua Nation 2019 yang bakal membuka tirainya pada 20 hingga 22 September di Setia City Oval Lawn, Setia Alam. Ia merupakan karnival tahunan terbesar Perodua sejak 2017 yang memaparkan segalanya mengenai jenama tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata setelah berlangsung dengan jayanya di Shah Alam pada 2017 dan Sungai Petani pada 2018, MYPerodua Nation 2019 menjanjikan hujung minggu yang lebih menarik dan menyeronokkan buat semua.

Tambahnya, beberapa tawaran menarik bagi kenderaan baharu, termasuk tawaran istimewa untuk e-seru (e-hailing), pelajar dan graduan, serta tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, pelincir, alat ganti dan aksesori akan diberikan semasa acara ini berlangsung.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

Untuk kemudahan pelanggan, seluruh rangkaian produk dan perkhidmatan Perodua akan turut berada di sana, termasuklah Perodua Total Protect Plus, Kenderaan Pra-Milik Perodua (POV), aksesori dan koleksi GearUp, alat ganti, Minyak Tulen Perodua dan program kesetiaan pelanggan, UFirst.

Selain  itu, rakan-rakan kewangan dan insuran juga akan berada di sana untuk memudahkan proses pembelian. Para pengunjung juga boleh membuat temu janji servis, memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot secara percuma, memandu uji model-model terkini Perodua, merasai demonstrasi sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA), menerokai sejarah 26 tahun Perodua di ruang pameran Perodua Journey serta mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang menyeronokkan.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Kanak-kanak pula pasti akan menyukai bungee trampolin, aktiviti mewarna model tanah liat, perlumbaan realiti maya (VR) dan aktiviti drift basikal roda tiga. Terdapat juga persembahan dan penampilan khas artis-artis terkenal termasuk Bunkface, Aman RA, Naim Daniel dan ramai lagi.

Ujar Datuk Zainal lagi, kejayaan Perodua selama ini adalah hasil sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia. Oleh itu, MYPerodua Nation bukan sekadar meraikan Perodua tetapi seluruh rakyat Malaysia. Karnival ini ditujukan khas kepada mereka semua.

Jumpa di sana!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply