ARKIB

KATEGORI

Buletin

myTukar catat perolehan pendapatan melebihi RM1 bilion

Berita Tempatan

Views

Syarikat platform perdagangan kenderaan terpakai atas talian myTukar Sdn Bhd baru-baru ini telah mengumumkan prestasi perniagaan suku pertama (Q1) dengan pertumbuhan momentum yang kuat untuk tahun 2021.

myTukar mencatatkan pendapatan dua kali ganda tahun-ke-tahun dan rekod penjualan unit untuk Q1 2021 dengan nilai EBITDA yang positif dan jangkaan pertumbuhan yang menguntungkan untuk sepanjang tahun 2021, disokong oleh pelan berteraskan pelanggan yang agresif di dalam perancangan.

JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?

Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, rangkaian myTukar yang terdiri daripada 2,100 pengedar berdaftar dan tujuh belas pusat pemeriksaan yang dibuka setiap hari telah berjaya menguruskan lebih daripada 40,000 unit kenderaan bernilai lebih RM1 bilion.

Fong Hon Sum, CEO myTukar berkata, pelbagai pencapaian yang telah dikecapi sebelum ini mencerminkan semangat mendalam pasukannya dalam mengubah industri kenderaan terpakai di Malaysia bagi meningkatkan penggunaan digital, tahap kecekapan dan ketelusan secara keseluruhan di dalam industri.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Berikut adalah sorotan pencapaian utama myTukar sepanjang Q1 2021:

  • Perluasan dan pembukaan tujuh pusat jualan myTukar baharu di seluruh negara termasuk di Malaysia Timur. Kini, myTukar mempunyai rangkaian tujuh belas pusat pemeriksaan yang mampu menyokong pelanggan di seluruh Malaysia.
  • Melancarkan Pusat Pengalaman Jualan bertempat di pusat membeli belah utama. Pelanggan kini dapat menikmati perjalanan yang lancar ketika membeli dan menjual kereta terpakai di Malaysia.
  • Berjaya menggunakan myTukar AI, teknologi pemeriksaan kenderaan autonomi perintis yang menampilkan sistem Pengesanan Kecacatan Kereta berpandukan AI, dan Pengaburan Plet Kenderaan.

Dari menjadi pelopor di dalam proses digitalisasi industri kenderaan pra-milik hingga memulakan pembangunan transformasi industri, MyTukar kini komited untuk membangunkan penyelesaian inovatif yang akan dimanfaatkan oleh industri automotif secara keseluruhan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply