ARKIB

KATEGORI

Buletin

myTukar dan PolicyStreet.com tawar polisi insurans untuk pembelian kenderaan terpakai

Berita Tempatan

Views

myTukar Sdn Bhd semalam mengumumkan kolaborasi bersama PolicyStreet.com, sebuah syarikat Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia yang dimiliki oleh Polisea Sdn Bhd.

Menurut CEO myTukar, Fong Hon Sum, pihaknya berasa amat gembira kerana berjaya mendapatkan rakan untuk berkolaborasi dalam usaha untuk menerajui perubahan di dalam industri kenderaan terpakai. PolicyStreet.com diwujudkan berdasarkan keperluan perubahan terhadap industri insurans tradisional dan bertujuan untuk mendemokrasikan insurans dengan menjadikannya lebih “Ringkas, Mudah dan Berpatutan”.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menerusi kerjasama ini, pelanggan myTukar kini boleh menerima sebut harga dengan segera daripada penyedia utama insurans menerusi satu platform sahaja, iaitu www.myTukar.com. Perkhidmatan ini turut menyokong pembelian insurans untuk kereta baharu serta pembaharuan polisi insurans.

Proses untuk mendapatkan insurans kini lebih mudah di mana pelanggan boleh mendapatkan beberapa sebut harga dalam masa beberapa minit menerusi platform dalam talian. Pelanggan myTukar kini boleh mendapatkan akses kepada insurans yang terbaik dan paling sesuai untuk mereka dengan tiga langkah mudah:

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

  • Masukkan butiran – masukkan butiran kenderaan dan jana sebut harga segera
  • Bandingkan harga terbaik – banding dan dapatkan sebut harga yang terbaik daripada senarai penyedia insurans.
  • Buat pembayaran – Isi maklumat peribadi dengan tambahan maklumat sekiranya ada dan terus membuat pembayaran.

Antara penyedia insurans yang telah bersama dengan myTukar menerusi PolicyStreet.com termasuklah Allianz General Insurance Company Berhad, AXA Affin General Insurance Berhad, Berjaya Sompo Insurance Berhad, Pacific and Orient Insurance Co. Berhad, RHB Insurance Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad.

Lebih banyak penyedia insurans lagi kini sedang di dalam proses untuk menyertai myTukar dalam masa terdekat. Kesemua penyedia insurans ini menawarkan tambahan kepada perlindungan asas serta nilai yang dipersetujui. Untuk maklumat, layari www.myTukar.com atau hubungi 1800-22-5999.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply