ARKIB

KATEGORI

Buletin

myTukar jadi perintis sistem berteraskan Kecerdasan Buatan (AI)

Berita Tempatan

Views

myTukar Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan kejayaannya merintis penggunaan sistem Pengesanan Kecacatan Kereta dan Pengaburan Plet Kenderaan berteraskan Kecerdasan Buatan (AI) menggunakan platform Amazon Web Services (AWS).

Pemilik teknologi pemeriksaan kenderaan berautonomi, myTukar AI, menggunakan algoritma visual berkomputer dan pembelajaran mesin yang digerakkan oleh Amazon Rekognition dan Amazon Sagemaker. Amazon Rekognition ialah platform perkhidmatan visual digital berteraskan pengkomputeran awan yang memudahkan penganalisaan imej dan video melalui teknologi pembelajaran mendalam (deep learning) yang terbukti dan berdaya tinggi.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Amazon Sagemaker pula merupakan perkhidmatan lengkap yang membolehkan pembangun teknologi dan sains data membangunkan, melatih dan menggerakkan modul-modul pembelajaran mesin dengan lebih pantas. Teknologi ini mengautomasi dan memiawaikan pemeriksaan kenderaan serta menggunakan AI untuk mengesan kecacatan kenderaan seperti kemek, calar dan kemerosotan cat, di samping mengurangkan kesilapan manusia sehingga 80 peratus.

Ketua Pengarah Eksekutif myTukar, Fong Hon Sum, berkata, inisaitif ini dibangunkan untuk mentransformasi industri kenderaan terpakai agar memberi manfaat kepada pelanggan dan untuk mendigitalkan industri ini. Tambahnya, teknologi ini adalah bayangan terhadap apa yang bakal berlaku terhadap industri automotif secara amnya di masa akan datang.

Ciri-ciri Pengaburan Plet Kenderaan dan Pengesanan Kecacatan Kenderaan myTukar AI mampu mengesan kecacatan kenderaan dalam masa 3 saat, menjimatkan masa pemeriksaan sehingga 20 peratus sambil melindungi privasi dan keselamatan pelanggan.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Teknologi ini juga meningkatkan kecekapan dalam pengaburan plet kenderaan sehingga 20 peratus di samping mengurangkan kesilapan manusia sehingga 80 peratus. Selain itu, teknologi algoritma visual berkomputer dan pembelajaran mesin ini mampu mengesan dengan pantas pelbagai jenis isu berkaitan pemasangan & kemasan (fit & finish), penjajaran panel, kerosakan, kemek, geseran dan calar.

Laporan pemeriksaan kenderaan yang tepat boleh dikeluarkan dalam beberapa saat, seterusnya meningkatkan produktiviti keseluruhan dan kecekapan operasi 2,000 pengedar berdaftar myTukar. Teknologi ini juga bakal diperkenalkan ke pasaran Carro Group Asia Tenggara di Singapura, Thailand dan Indonesia. Ia selaras dengan strategi syarikat untuk sentiasa berkembang dan mendigitalkan dagangan kenderaan untuk rantau Asia Tenggara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply