ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi 1.5 AV menanti ahli YGMB di Festival Guru Malaysia 2022

Berita Tempatan

Views

Ahli Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) berpeluang memenangi Hadiah Cabutan Apresiasi Festival Guru Malaysia (FGM) 2022 berupa kereta jenis Perodua Myvi bernilai RM60,000 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, pemenang bagi kereta jenis Perodua Myvi 1.5 AV itu akan dipilih secara rawak menggunakan kaedah digital.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Lebih 100,000 ahli YGMB berdaftar berpeluang memenangi hadiah tersebut. Pemenang akan dipilih secara digital berdasarkan kaedah yang ada dalam sistem keahlian YGMB.

Ini bermakna semua ahli yang berdaftar berpeluang untuk dipilih sebagai pemenang. Cabutan akan dilakukan esok dan hadiah ini ditaja oleh Perodua.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Ia juga sebagai tanda penghargaan YGMB kepada ahli yang sentiasa memberi sokongan. Menurut Wan Munadi, hadiah kepada pemenang akan disampaikan sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin sebagai acara kemuncak Majlis Apresiasi FGM 2022.

FGM 2022 berlangsung selama lima hari sejak Khamis lalu di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok di sini. Pelbagai acara menarik dianjurkan sempena FGM kali ini termasuk pameran daripada agensi berkaitan pendidikan, gerai jualan barangan dan makanan serta pertunjukkan seni budaya negeri Kelantan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply