ARKIB

KATEGORI

Tular

Myvi dipandu laju ‘hentam belakang’ Mazda CX-8 dalam Terowong Penchala

Berita Tempatan

Views

Tiga beranak termasuk kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis Mazda CX-8 dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi dari arah belakang di Terowong Penchala, kelmarin (Sabtu).

Menurut KOSMO! ONLINE, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan Perodua Myvi terbalik dan insiden tersebut dirakam menerusi dashcam pemilik Mazda CX-8 serta tular di media sosial, berserta beberapa video lain.

Penumpang kereta Mazda CX-8, Shalwiza Rahmat, 34, berkata, sewaktu kejadian, suaminya, Arif Bashah Kamal, 39, sedang memandu manakala dia dan anak lelaki, Adam Bashah duduk di kerusi penumpang di belakang.

Katanya, dia terdengar bunyi sesuatu (dilanggar) dari belakang dan hentaman itu menyebabkan kenderaan mereka beralih ke kiri serta menghentam dinding.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ketika kejadian, mereka berada di laluan tengah manakala, kereta Perodua Myvi pula berada di laluan ketiga dan sangat laju.

Dalam pada itu, Shalwiza berkata, selepas memastikan keadaan suami dan anak serta laluan di situ selamat, mereka keluar dari kenderaan kerana bimbang kejadian tidak diingini.

Katanya, dia turut menjerit kepada pemandu wanita kereta Perodua Myvi tersebut kerana naluri sebagai seorang ibu yang memikirkan keselamatan anak dan suami.

Pemandu Myvi itu keluar dari kereta dengan selamba tanpa bantuan dan kelihatan ada lebam pada mata selain tiada calar, namun langsung tidak memandang ke arah mereka.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Shalwiza menjerit ke arahnya dan ia bukan suatu yang membanggakan. Pada saat itu sebagai ibu, dia sangat marah kenapa Myvi itu dipandu begitu laju.

Mengulas lanjut, Shalwiza berkata, mereka telah mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta manakala, laporan juga dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail semalam.

Anaknya pula sangat tenang dan tidak menangis cuma dia ada bertanya berulang kali mahu menonton video, tetapi dia maklumkan ia sudah tiada.

Shalwiza hanya menunjukkan gambar kereta remuk dan anaknya ada menangis pagi semalam, mungkin agak trauma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply