ARKIB

KATEGORI

Tular

Myvi kena hempap lori, pemandu tak cedera

Tular

Views

“Ibarat nyawa di hujung tanduk”, begitulah keadaan yang dialami seorang pemandu kereta selepas kenderaannya itu dihempap sebuah lori di Jalan Bangi Lama di Kajang, siang tadi.

Harian Metro melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, pemandu kereta Perodua Myvi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu lori pula dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan selepas mengalami kecederaan dalam kejadian pada 1.40 tengah hari ini.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal didapati lori itu dari Bandar Seri Putra menghala ke Dengkil, manakala kereta itu pula datang dari Pekan Bangi Lama menghala ke Kampung Bahagia.

Setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan yang berhenti di lampu isyarat tiba-tiba dirempuh sebuah lori sebelum menghempapnya.

Kejadian itu menyebabkan pemandu lori tersepit dalam kenderaannya polis terpaksa mendapatkan bantuan pihak bomba.

Pihak polis masih menyiasat kejadian ini untuk mengetahui punca sebenar kejadian berlaku sama ada terdapat kecuaian daripada pemandu lori.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Menurutnya, polis membuka kertas siasatan dan mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, sampel darah pemandu lori akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan pemeriksaan alkohol dan dadah.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu bolehlah menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Sarjan Hafidz di talian 012-544 6961 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 53 saat yang diambil daripada kamera papan pemuka kereta menunjukkan lori berkenaan melanggar Perodua Myvi dan menghempap kenderaan itu tular media sosial.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply