ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi kuning berhenti di lorong kecemasan untuk ambil gambar, punca kemalangan pertama di Lebuhraya SUKE

Berita Tempatan

Views

Baru dua hari dibuka kepada orang ramai, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) merekodkan kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal berhampiran Tol Bukit Teratai menghala Kuala Lumpur.

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.45 petang Ahad.

Beliau berkata, punca kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan untuk tujuan mengambil gambar di lebuh raya berkenaan.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Katanya, kereta itu dipandu oleh seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya SUKE dari arah Tol Bukit Teratai menghala ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk melihat pemandangan sekitar dari atas lebuhraya dan mengambil gambar.

Kemudian datang motosikal jenis Suzuki dari arah belakang melanggar bahagian belakang kereta yang sedang berhenti itu.

Tambah Mohamad Farouk, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dibawa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kes disiasat di bawah kaedah 16 LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan. Individu yang cuai menyebabkan kemalangan boleh dikompaun sehingga RM300.

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak berhenti di lorong kecemasan jika tiada sebarang perkara keperluan atau kecemasan. Berhenti di lorong kecemasan adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikompaun sehingga RM300.

Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer (km) bermula dari Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang itu mula dibuka pada 16 September lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Ampang Jaya Page

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply