ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi ‘melayang’ 50 meter sebelum rempuh pokok, pemandu cedera

Berita Tempatan

Views

Pemandu sebuah Perodua Myvi cedera apabila keretanya hilang kawalan ketika melalui Bulatan Jalan Indah dekat Taman Bukit Indah di Iskandar Puteri, awal pagi semalam. Menurut Berita Harian, dalam kejadian jam 3 pagi itu, Myvi putih bergerak lurus ketika tiba di bulatan itu dan merempuh pokok bunga sebelum ‘terbang‘ kira-kira 50 meter, melintasi longkang besar hingga terhenti akibat merempuh sebatang pokok di seberang saliran itu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata akibat kejadian itu, pemandu berusia 27 tahun terbabit cedera di muka dan tangan serta kaki kiri. Katanya, siasatan mendapati, punca kemalangan disebabkan pemandu hilang kawalan ketika memasuki bulatan.

Pemandu bergerak lurus merempuh bunga pagar seterusnya melintasi longkang besar dan melanggar sepohon pokok dan berhenti. Akibat perlanggaran itu, kaki pemandu terbabit tersepit sebelum bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan. Mangsa tidak mabuk dan tidak berada dalam pengaruh dadah.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan menaiki ambulan. Dzulkhairi berkata, ketika kejadian jalan dua lorong sehala itu adalah kering serta gelap berlampu. Katanya, kenderaan itu mengalami kerosakan pada pelbagai komponen di bahagian hadapan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Mohd Khairi Zainudi, berkata lapan anggota dihantar ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit pada duduk pemandu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply