ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Myvi terjerlus dalam lubang akibat jalan mendap

Berita Tempatan

Views

Sejak malam tadi, tular beberapa foto sebuah kereta terjerlus ke dalam sebuah lubang besar yang berpunca dari jalan mendap di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Menurut Sinar Harian, seorang wanita mengalami detik cemas apabila kereta yang dipandunya terperosok ke dalam lubang tersebut.

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton</a

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, kejadian berlaku pada jam 11.35 malam melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi. Katanya, ketika kejadian mangsa seorang pekerja swasta berusia 42 tahun yang beralamat di Kuala Berang, Terengganu memandu kereta itu bersendirian.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Siasatan awal mendapati berlaku satu kejadian tanah mendap berkeluasan sekitar tiga meter persegi di Jalan Maharajalela menghala ke Jalan Loke Yew. Insiden itu telah menyebabkan kereta dipandu mangsa terjatuh ke dalam lubang.

Beliau berkata, pemandu wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan dijalankan di bawah Rule 10 LN166/59. Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih laluan yang mendap itu telah dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply