ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nahas pesawat Hawk 108 TUDM, juruterbang sempat keluar guna kerusi anjal

Berita Tempatan

Views

Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengendalikan pesawat pejuang Hawk 108, cuba menyelamatkan diri apabila sempat keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan awal mendapati pesawat dikendalikan dua juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Pangkalan Udara Butterworth bagi menjalani latihan penerbangan malam.

Kata beliau, ia dilakukan di ruang udara Pangkalan Udara Butterworth dan sesi latihan berlangsung selama satu jam sebelum dilaporkan terhempas dan menyebabkan letupan.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Tambah beliau, kedua-dua juruterbang itu sempat keluar dari pesawat menggunakan kerusi anjal. Seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera.

Mohd Shuhaily berkata, siasatan lanjut kejadian dilakukan sepenuhnya oleh pihak TUDM. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian juruterbang itu disebabkan pelbagai kecederaan berikutan kemalangan udara.

Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut. Beliau berkata, polis belum mengambil keterangan juruterbang yang terselamat kerana mangsa masih menerima rawatan di hospital.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Dalam kejadian jam 10.07 malam kelmarin, sebuah pesawat Hawk milik TUDM dilaporkan terhempas ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan.

Insiden mengorbankan nyawa Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar, 33 cedera dan dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Jenazah Mohamad Affendi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah, Pahang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply