ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naik Perodua Kelisa hantar bantuan musim sejuk ke Syria

Berita Global

Views

Misi kembara dua beranak ‘Road For Ummah 2019‘ untuk membawa mesej keamanan disamping menyampaikan bantuan musim sejuk ke Syria kini sedang merentasi benua menuju ke Eropah sejak 1 November lalu.

Menurut Sinar Harian, Nursulhi Rahim, 42, dari Pulau Sebang, Melaka memulakan pengembaraan bersama anak sulungnya, Muhammad Aidil, 14, kini sudah menelusuri perjalanan sejauh 13,720 kilometer (km) bermula dari Pulau Sebang sehingga ke Bayramic dengan sebuah Perodua Kelisa yang berusia kiri-kira 15 tahun tanpa sebarang masalah.

Ujarnya, mereka kini sedang berada di Turki setelah melalui liku-liku di sepanjang perjalanan merentasi Thailand, Myanmar, India dan Iran dan dalam penjagaan kereta, beliau hanya menjaga kereta sepertimana di Malaysia.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Jelasnya, perkara asas seperti menukar minyak enjin, menukar ‘pad’ brek dan sebagainya dilakukan sekiranya perlu. Pemanduan dilakukan pada kelajuan 80 ke 100 km/j sahaja agar tidak membebankan kereta tersebut.

Semasa di Myanmar dan India, beliau terpaksa memandu dengan kelajuan antara 30 hingga 40 km/j kerana keadaan jalan di sana yang teruk dan berlubang-lubang. Katanya, beliau mengambil keputusan mengembara bersama anaknya kerana ini masa yang sesuai untuk mereka meluangkan masa bersama sambil menerokai budaya negara luar,.

Nursulhi yang juga duta Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan mewakili agensi tersebut membawa bantuan ke Syria berkata, promosi dilakukan menerusi Facebook sebelum ini berjaya mengumpul dana untuk Mapim memberikan bantuan kepada rakyat Syria yang terjejas ekoran cuaca sejuk.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Beliau turut berharap misi tersebut mampu membuka mata masyarakat agar terus membantu misi kemanusiaan. Tambah beliau, pengalaman sepanjang pengembaraan ini sebenarnya membuka mata agar kita bersyukur dengan keamanan yang dinikmati rakyat Malaysia kerana masih ramai yang memerlukan ihsan untuk meneruskan kehidupan.

Jelasnya, rakyat Malaysia yang berkesempatan, pergilah mengembara kerana kita bukan sahaja mampu mengenali diri sendiri tetapi dapat menghargai kesenangan yang dikecapi dan beliau berharap agar menjadi tauladan dan contoh yang baik kepada generasi akan datang supaya keluar mengembara melihat dunia dan mengenal diri.

Tambahnya, kembara itu turut disertai kira-kira lima kumpulan rakan lain dalam kumpulan ‘We Are Malaysian’ di mana masing-masing mempunyai destinasi berlainan. ‘We Are Malaysian’ sebenarnya ada perjalanan penceritaan kasih sayang antara sahabat, anak, masyarakat dan jati diri negara Malaysia tercinta. Beliau akan meneruskan perjalanan menuju ke Eropah beberapa hari lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply