ARKIB

KATEGORI

Tular

Nak beli Manchester United? Takde lah, Elon Musk cuma bergurau jer…

Tular

Views

Semalam kecoh di alam maya apabila manusia terkaya di dunia, Elon Musk hanya bergurau apabila beliau berkata mahu membeli kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Menurut Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla itu dalam satu ciapan di akaun Twitter rasminya semalam berkata, ia tidak sama sekali dan hanyalah sekadar jenaka di Twitter.

Tambahnya, beliau tidak berhasrat untuk membeli mana-mana pasukan sukan. Terdahulu, Musk melakukan kejutan apabila dilaporkan mahu membeli United menerusi satu ciapan di Twitter.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Manchester United adalah antara kelab bola sepak yang mempunyai penyokong paling ramai di dunia. Kelab itu adalah juara liga di England untuk rekod 20 kali dan memenangi Piala Eropah, pertandingan kelab paling berprestij di dunia sebanyak tiga kali.

Kelab itu dikawal oleh keluarga Glazer dari Amerika Syarikat (AS), yang tidak memberikan maklum balas segera kepada permintaan untuk mendapatkan kenyataan.

Kelab bola sepak itu mempunyai permodalan pasaran AS$2.08 bilion (RM9.3 bilion), setakat penutup pasaran saham pada Selasa.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Peminat Manchester United melakukan protes sejak beberapa tahun kebelakangan ini terhadap keluarga Glazer, yang membeli kelab itu pada harga 790 juta pound pada 2005, berikutan prestasi buruk pasukan di atas padang.

Kumpulan anti-Glazer mendapat momentum tahun lalu selepas United terbabit dalam cubaan yang gagal untuk membentuk Liga Super Eropah.

Beberapa penyokong mendesak Musk untuk membeli Manchester United daripada membeli Twitter. Musk sedang berusaha untuk keluar daripada perjanjian AS$44 bilion bagi membeli syarikat sosial media itu, yang membawanya ke mahkamah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply