ARKIB

KATEGORI

Berita Automotif

Nak hantar baju dengan kuih raya – Antara alasan tak munasabah untuk rentas daerah dan negeri

Berita Tempatan

Views

Polis mengesan pengguna jalan raya menggunakan pelbagai alasan tidak munasabah seperti menghantar baju dan kuih raya untuk membolehkan mereka merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran. Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak mengenakan kompaun sebaliknya mengarahkan individu terbabit untuk berpatah balik.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Beliau berkata, bagi pemandu yang ingkar, tindakan kompaun akan dikenakan serta-merta tanpa kompromi. Menurut beliau, pihaknya sudah mulakan (sekatan jalan raya) daripada semalam (9 Mei) dan mendapati setakat ini masih ramai pengguna jalan raya yang berdegil untuk merentas negeri dengan tujuan tidak sepatutnya dan mereka diarahkan untuk berpatah balik.

Antara alasan mereka seperti hantar baju ke rumah kawan di Shah Alam, beli barang, bawa keluarga untuk beli-belah di kawasan Shah Alam. Beliau berkata, bagi melancarkan pergerakan lalu lintas waktu hari bekerja, pihaknya akan membuka laluan tambahan namun pemeriksaan ketat tetap dijalankan seperti biasa.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Mohamad Fakhrudin turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sementara itu, tinjauan Bernama di Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sungai Besi mendapati aliran trafik di beberapa laluan utama keluar masuk ibu negara terkawal walaupun berlaku sedikit kesesakan susulan pemeriksaan ketat dilakukan polis dalam SJR.

Pada Sabtu lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua aktiviti rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 10 Mei hingga 6 Jun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply