ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Nak hantar kucing kat awek’ antara alasan ingkar PKP fasa ketiga

Berita Tempatan

Views

Pelbagai alasan diberi orang ramai untuk keluar rumah, antaranya ‘nak hantar kucing kepada teman wanita’, ‘mahu ke kedai pajak gadai’ dan ‘berjumpa kawan’, sekali gus melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, yang bermula semalam.

Bernama melaporkan, tindakan pentingkan diri itu yang dikesan di sekatan jalan raya di daerah Serdang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas beberapa kilometer di laluan utama di daerah berkenaaan. Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan menegaskan pihaknya tidak akan berkrompomi dengan masyarakat yang masih degil melanggar pelaksanaan PKP.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Jelas beliau, sebelum ini pihaknya telah menempatkan empat sekatan jalan raya (SJR) di seluruh daerah ini dan pada 8 pagi semalam, ia dua SJR lagi ditambah termasuk di Jalan Puchong. Tambahnya, sebaik SJR dikuatkuasakan semalam, pihaknya dapati banyak kenderaan termasuk kenderaan berat melalui laluan ini yang sebelum ini digunakan orang ramai bagi mengelak SJR di lokasi lain.

Menurutnya, dianggarkan lebih 100 kenderaan berat melalui laluan itu pada satu masa, semalam yang menyebabkan kesesakan luar biasa hingga tular di laman sosial. Ismadi berkata sebagai langkah memperketat arahan PKP, pihaknya telah menutup empat laluan di kedua-dua arah iaitu Jalan Persiaran Puncak Jalil menuju ke Bukit Jalil dan Jalan Layang-Layang menuju ke Lebuhraya Damansara-Punchong (LDP).

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Katanya, selain itu, Batu 7 Jalan Puchong menghala ke Jalan Klang Lama dan Jalan Serindit di Puchong Jaya ke Taman Wawasan juga akan ditutup. Beliau berkata pihaknya telah menahan 196 individu dan 143 kompaun dikeluarkan kepada mereka yang ingkar arahan PKP di daerah itu bagi tempoh 18 Mac lepas hingga semalam.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa supaya kekal berada di rumah kerana tindakan lebih tegas akan diambil pada fasa ketiga PKP ketika ini iaitu tangkap, direman dan dituduh di mahkamah. PKP yang telah memasuki fasa ketiga telah bermula sejak semalam hingga 28 April depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply