ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak hapus tol bukan mudah – Menteri Kerja Raya

Views

Astro Awani melaporkan kerajaan mengakui bukan mudah untuk melaksanakan penghapusan tol, terutamanya dalam keadaan kewangan negara ketika ini. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi janji manifesto. Namun ia bukan mudah untuk dilakukan terutamanya dalam keadaan kewangan semasa yang tidak mengizinkan.

Beliau menambah, kerajaan telah meneliti pelbagai faktor serta implikasi penghapusan tol di mana anggaran kos pelepasan tol ialah melebihi RM400 bilion. Selepas menimbangkan perkara ini, kerajaan bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaannya sehingga keadaan ekonomi benar-benar stabil.

Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus meneliti pilihan lain bagi membantu rakyat untuk meringankan beban kos sara hidup. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dari Datuk Jalaluddin Alias (BN – Jelebu) yang bertanyakan tentang bilakah tol dijangka akan dimansuhkan.

Terus-terang kami katakan, nak hapuskan tu memang kena keluarkan wang yang banyak bagi memberi pampasan kepada pihak konsesi. Cuma kami rasa eloklah harga tol tidak dinaikkan dan tempoh konsesi tidak dilanjutkan lebih lama. Mungkin ada beberapa tol perlu dimansuhkan secara berperingkat terutama yang berada dalam kawasan bandar.

JOM BACA >> VIDEO : Mazda CX-3 2018 – Lebih Comel Dan Senyap Berita Automotif Ulasan Pandu Uji

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply