ARKIB

KATEGORI

Info

Nak jadi pengadu kesalahan lalu lintas? Ini panduan dari JPJ yang perlu anda patuhi!

Info

Views

Sebentar tadi laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia memuat naik satu hantaran terbaharu berkenaan pengumuman mereka sebelum ini yang membenarkan pengguna jalan raya merakam gambar kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas sepanjang Ops Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri.

Ini merupakan panduan yang harus dipatuhi pengadu sebelum menyalurkan maklumat tersebut kepada JPJ:

1. Siapakah yang dibenarkan merakam atau mengambil gambar pemandu yang melakukan kesalahan?

Larangan penggunaan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan yang diperuntukkan dibawah kaedah 17A Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 menyatakan bahawa mana-mana orang yang memandu adalah dilarang menggunakan alat komunikasi termasuk telefon bimbit tanpa alat bebas tangan dan mana-mana orang yang melanggar peraturan boleh didenda tidak melebihi RM 2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Ini bermakna pemandu dilarang sama sekali untuk merakam apa-apa kesalahan laulintas menggunakan telefon bimbit.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

2. Apakah notis yang akan diberikan kepada pemandu sekiranya didapati melakukan kesalahan dan berapa lama tempoh diambil untuk menyerahkan notis saman?

Sekiranya didapati pemandu terbabit melakukan kesalahan, Notis temusiasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan diserahkan kepada pemilik kenderaan untuk mengemukakan pemandu yang memandu kenderaan terbabit ketika kesalahan dilakukan.

Tempoh ini mengambil masa 14 hari untuk pemilik kenderaan mengemukakan pemandu yang diarahkan hadir ke pejabat JPJ. Apabila pemandu hadir ke JPJ yang berhampiran dan siasatan telah dijalankan, pegawai JPJ akan mengeluarkan Notis Saman atau perintah hadir mahkamah dalam hari yang sama siasatan dijalankan.

3. Bagaimanapula jika pemandu terbabit pergi ke lorong kecemasan kerana berlaku kerosakkan kenderaan dan ada orang merakamnya ?

Di bawah kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959, kaedah ini membenarkan atau memberi pengecualian pada mana-mana kenderaan motor (pemandu) menggunakan lorong kecemasan dalam keadaan kecemasan sahaja. sebagai contoh kereta rosak atau lain-lain sebab kecemasan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

4. Apakah maklumat yang perlu dikemukan pemandu bagi membuat aduan?

1. Laporan ringkasan aduan
2. Tarikh / masa
3. Tempat kejadian
4. Jenis kenderaan
5. Nombor pendaftaran kenderaan
6. Salinan foto, video atau dokumen berkaitan

Sertakan nama penuh, alamat surat menyurat, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pengadu dan hantar ke aplikasi Whatsapp 013-449 8997.

Sebarkan maklumat ini sekiranya bermanfaat!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply