ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak lapor jalan berlubang? Ini cara-caranya

Info

Views

Laman Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia beberapa jam lalu telah kongsikan info yang kami rasa patut dikongsikan kepada anda semua. Bila kita jumpa jalan berlubang mesti kita rasa nak marah kan? Mungkin sebab itulah ‘Geng Brotherhood‘ ditubuhkan untuk mengurangkan jalan berlubang selain membuka mata pihak berkuasa yang ada kalanya ‘tidak cakna atau terlepas pandang’ masalah tersebut.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Jalan berlubang ini sudah pastinya akan memberi kesan terhadap tayar dan rim tayar kereta selain boleh mengakibatkan kemalangan kepada penunggang motosikal. Bagaimana nak buat aduan atau laporan sekiranya anda ternampak jalan yang berlubang?

Ini adalah antara cara yang paling pantas untuk anda buat aduan atau laporan mengenai kerosakan jalan. Sebarang masalah dan aduan boleh dibuat melalui saluran seperti berikut :-

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Jabatan Kerja Raya (JKR)
Hotline JKR Tel: 1800 88 5004

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Hotline LLM Tel : 1800 88 7752

Selain itu anda juga boleh membuat laporan atau aduan menerusi aplikasi Waze. Pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri akan membaiki jalan yang rosak itu dalam tempoh terdekat.

Kalau dah banyak kali buat laporan atau aduan namun masih tiada tindakan susulan dalam tempoh masa yang lama, anda seru sahaja Cip Lando Zawawi – Brotherhood. Mungkin geng dia boleh membantu, paling tidak pun mereka buat ‘tanda’ atau letak amaran dulu supaya pengguna jalan raya berwaspada.

Yang penting, ikutlah saluran yang ‘rasmi‘ dulu, ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply