ARKIB

KATEGORI

Tular

Nak lari dari penguatkuasa JPJ punya pasal, sanggup angkut RX-Z naik perahu

Tular

Views

Demi untuk meloloskan diri dari bertembung dengan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang penunggang nekad menggunakan jalan tikus dan mengangkut motosikal menaiki perahu menyeberangi Sungai Golok tanpa melalui pintu sempadan rasmi negara ICQS Rantau Panjang.

Menurut laman Facebook JPJ Negeri Kelantan, individu terbabit disyaki salah seorang daripada sekumpulan rombongan motosikal yang dipercayai baharu sahaja pulang dari kunjungan ke Selatan Thailand untuk menyambut tahun baharu.

JPJ Negeri Kelantan telah melaksanakan Operasi Khas Motosikal sempena ketibaan tahun 2023 di daerah Pasir Mas, Rantau Panjang kelmarin.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ia bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang dan pemilik kenderaan motor yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.

Hasil operasi tersebut, JPJ Negeri Kelantan telah membuat pemeriksaan ke atas 450 buah motosikal dan telah mengambil tindakan terhadap 250 buah kenderaan.

Sebanyak 350 notis saman berjaya dikeluarkan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan motor, tiada perlindungan insurans dan kesalahan pengubahsuaian motosikal tanpa kebenaran.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Pihak JPJ Negeri Kelantan juga telah menyita 8 buah motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk kesalahan mengganggu usik casis kenderaan.

Pemandu dan pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan teknikal adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 59(1) APJ 1987 dan dihukum di bawah Seksyen 119(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara 6 bulan untuk kesalahan pertama, dan sabitan kali kedua denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.

Operasi ini diketuai oleh Tuan Mohd Firdaus bin Shamsuddin, Ketua Bahagian Penguatkuasa dan dibantu oleh 35 orang anggota Unit Operasi JPJ Negeri Kelantan. Operasi tersebut telah berakhir semalam pada jam 6.00 petang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Kelantan

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply