ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak lawan Tesla punya pasal, Sony dan Honda mungkin masukkan PS5 dalam EV mereka?

Berita Global

Views

Usahasama baharu antara Honda dan Sony akan menggunakan muzik, filem, dan mungkin PlayStation 5 (PS5) untuk mendapat pada kereta keluaran mereka nanti.

Lebih dari sekadar kereta, kenderaan yang dihasilkan oleh kedua-dua syarikat tersebut bakal menjadi pameran teknologi bergerak.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Bercakap kepada Financial Times, presiden Sony Honda Mobility, Izumi Kawanishi, berkata syarikatnya mempunyai kandungan, perkhidmatan dan teknologi hiburan yang boleh diadaptasikan kepada mobiliti, seterusnya menjadi kekuatan mereka untuk bersaing dengan Tesla.

Mantan ketua perniagaan robotik AI Sony itu menambah, mereka mungkin menyepadukan konsol permainan video Sony, PlayStation 5, ke dalam kereta keluaran mereka.

Selain memasukkan perisian ke dalam kereta yang sudah lengkap, ia “akan membangunkan kereta sebagai perkakasan yang akan memenuhi hiburan dan rangkaian yang ingin ditawarkan.”

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kata Kawanishi lagi, untuk menikmati ruang dalam kereta, anda tidak perlu memandu. Jadi, solusinya adalah pemanduan autonomi.

Sungguhpun demikian, teknologi pemanduan autonomi telah terbukti sangat rumit. Pemain utama dalam bidang autonomi seperti Argo AI turut ‘terciduk’ kerana masih belum nampak keuntungan lagi.

Ini bermakna, bakal pemilik terawal kenderaan Sony Honda Mobility yang bakal dilancarkan pada 2025, mungkin perlu menunggu lebih lama sebelum mereka boleh bermain PS5 semasa dalam perjalanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply