ARKIB

KATEGORI

Info

Nak pasang para bumbung pada kenderaan persendirian? Ini syarat-syaratnya

Info

Views

Kami ingin kongsikan informasi yang telah dimuatnaik ke laman Facebook Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Malaysia hari ini, berkenaan dengan pemasangan para bumbung (roof rack) pada kenderaan persendirian untuk membawa tangga, bot kecil, kenu, kayak dan papan luncur air (surf board).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Untuk pengetahuan anda, pemasangan aksesori ini adalah dibenarkan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarat ia mematuhi perkara-perkara seperti berikut:

  • Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan dan ukuran tingginya tidak boleh melebihi 230mm dari paras bumbung.
  • Lebar dan juga panjang para bumbung mestilah tidak melebihi luas bumbung.
  • Muatan yang dibawa di atas para bumbung mestilah tidak melebihi bahagian dan belakang kenderaan.
  • Muatan yang dibawa mestilah diikat dengan kuat pada para bumbung, sekurang-kurangnya dua ikatan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Malaysia di talian 03-8892 8107 atau hantarkan e-mel kepada [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Malaysia

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply