ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nama SIA tidak mencerminkan imej Malaysia

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan cadangan untuk menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA) dilihat tidak bersesuaian dengan imej Malaysia di mata dunia.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir, ini kerana imej Malaysia lebih sinonim dan terkenal dengan bandar utamanya atau ibu negara iaitu Kuala Lumpur di peringkat antarabangsa. Walaubagaimanapun, beliau menghormati pandangan pihak yang ingin menukarkan nama asal KLIA selepas mengambil kira faktor geografinya.



JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Tambah beliau lagi, secara logiknya perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran seorang pelancong ke negara ini adalah ibu negaranya iaitu Kuala Lumpur. Mereka sudah pasti akan menyebut Kuala Lumpur dahulu berbanding Sepang kerana Sepang hanya sebuah daerah di Selangor berbanding Kuala Lumpur yang lebih gah sebagai ibu negara.

Semalam tular di aplikasi WhatsApp minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor bulan Oktober lalu yang mencadangkan penukaran nama lapangan terbang tersebut. Dalam minit mesyuarat itu, antara lain menyebut cadangan nama baharu KLIA kepada SIA dan ia akan diusulkan ke Mesyuarat Majlis Pengangkut Negara.

JOM BACA >> Xiaomi perkenal kereta pertama di Shanghai Motorshow 2019

Pada pendapat kami, nama KLIA sepatutnya dikekalkan kerana ia sudah sinonim dengan lapangan terbang tersebut sejak berpuluh tahun dahulu. Sekiranya cadangan ini dipertimbangkan, ia sudah pasti melibatkan kos yang tinggi untuk penjenamaan semua termasuk penukaran identiti korporat, perubahan papan tanda premis dan di jalan/lebuh raya, barangan percetakan, kos pengiklanan dan lain-lain lagi yang berkaitan.

Nak bagi orang serasi dengan nama baharu tu pun nanti akan mengambil masa. Kalau tak kena gaya kena buat kempen khas pula untuk pemberitahuan, kan dah bertambah kos lagi. Senang cerita, “benda dah elok, buat apa nak tukar”.

SIA tu bunyinya dah macam Singapore Airlines pula, tak gitu?

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply