ARKIB

KATEGORI

Teknologi

NASA kembali membawa angkasawan ke orbit – Roket Falcon 9 selamat dilancarkan

Berita Global

Views

Setelah hampir sedekad, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) kembali menyambung penerbangan ke angkasa menerusi pelancaran roket Falcon 9.  Menurut Astro Awani, projek usahama NASA dengan SpaceX, syarikat roket swasta milik usahawan bilionair Elon Musk itu membawa dua angkasawan warga AS ke orbit dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida.

Tepat jam 3.22 petang waktu tempatan, roket Falcon 9 dilancarkan dengan membawa angkasawan Doug Hurley dan Bob Behnken di dalam kapsul Crew Dragon dalam perjalanan 19 jam ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Crew Dragon terpisah dari pelancar roket tahap dua pada jam 3.35 petang sebelum memasuki orbit seminit kemudian.

JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya

Presiden AS Donald Trump yang turut menyaksikan detik bersejarah ini turut teruja dan menyifatkannya sesuatu yang luar biasa. Rabu lalu percubaan pelancaran pertama misi ini terpaksa dibatalkan kurang 17 minit sebelum ia berlepas akibat cuaca buruk dan ditunda ke hari ini.

Pentadbir NASA, Jim Bridenstine berkata meneruskan semula misi menghantar angkasawan AS menggunakan roket buatan negara Uncle Sam itu merupakan keutamaan agensi itu. Bagi Elon Musk pula, pelancaran itu merupakan satu kejayaan baharu untuk roket yang boleh digunakan semula yang dipelopori syarikatnya bagi menjadikan penerbangan angkasa lebih murah dan kerap.

JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar

Ini juga menandakan kali pertama kenderaan ruang angkasa yang dikembangkan secara komersial yang dimiliki dan dikendalikan oleh entiti swasta dan bukannya NASA yang membawa warga AS ke orbit. Kali terakhir NASA melancarkan angkasawan ke angkasa dengan roket baharu adalah pada 40 tahun lalu ketika permulaan program ulang-alik angkasa.

Hurley dan Behnken dijangka berada di ISS selama beberapa minggu bagi memenuhi kekurangan kru di makmal stesen itu. Dalam perkembangan sama, syarikat Boeing Co, juga sedang menghasilkan sistem pelancarannya sendiri dalam persaingan dengan SpaceX dan berharap dapat menerbangkan kenderaan angkasanya Starliner CST-100 dengan angkasawan untuk pertama kalinya tahun hadapan.

NASA telah menyalurkan dana hampir AS$8 bilion kepada SpaceX dan Boeing dalam projek pembangunan roket mereka. Trump dalam pada itu berkata pelancaran itu menjadi titik tolak kepada pelancaran roket ke planet Marikh.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit NASA – National Aeronautics and Space Administration

JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu
JOM BACA >> Proton PM5 ‘menjelma kembali’ dalam bentuk imej 3D
JOM BACA >> Kereta Proton beraksi dalam filem Extraction di Netflix
JOM BACA >> Proton Arena generasi baharu dijelmakan dalam bentuk 3D

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply