ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nasim tambah varian PEUGEOT 508

Views

Baru-baru ini Nasim Sdn.Bhd. pengedar ekslusif jenama Peugeot di Malaysia telah mengembangkan lagi variant Peugeot 508 dengan pengenalan empat model 508 GT, 508 SW GT, 508 SW dan 508 Standard. Keempat-empat model ini menyertai 508 sedan, kini dikenali sebagai 508 Premium, yang diperkenalkan pada Oktober 2011.

508 GT and 508 SW GT

Model ini dijana oleh enjin diesel empat silinder 2.2 liter HDi FAP  yang menghasilkan 204 bhp dan 450 Nm tork. Enjin ini merupakan enjin terbaru yang dibangunkan oleh Peugeot dengan mempunyai ciri-ciri canggih seperti lightweight titanium turbocharger impeller, optimization of friction, piezo-electric injectors with eight apertures dan optimized combustion chambers untuk memberikan prestasi yang hebat.

 Kedua-dua varian dipadankan dengan kotak gear adaptive automatik  enam kelajuan dengan paddle shifter, fungsi  tiptronic dan sport mode.

Ruang dalamannya pula dilengkapi dengan kerusi kulit Cohiba Nappa selain beberapa ciri premium lain termasuk intelligent keyless entry with push-start ignition, automatic quad-zone air-conditioning, 8-way electric front seats dengan fungsi urut and memory functionality untuk tempat duduk pemandu, sistem hi-fi JBL dengan 10 pembesar suara beserta amplifier 500W  dengan pemproses audio Arkamys dan lain-lain.

Model 508 SW GT juga dilengkapi bumbung kaca panoramic dengan sistem penutup elektrik, 6-setting rotary control dan pintu bermotor belakang yang oleh dikawal dari kerusi pemandu.Harga di atas jalan bagi model 508 GT dan 508 SW GT adalah RM199,888 dan RM209,888.

508 SW

Model ini dijana oleh enjin petrol 1.6 liter twin-scroll turbo high-pressure dengan direct petrol injection yang menjana 156 hp dan 240 Nm tork. Ia dipadankan dengan kotak gear adaptive automatik  enam kelajuan dengan paddle shifter, fungsi  tiptronic dan sport mode.

Antara ciri premium yang terdapat pada model ini ialah dynamic bi-xenon headlamps with washers and auto-leveling, Smart Beam Assistance, lampu LED siang, sensor letak kereta depan dan belakang, rim aloi 18 inci dan lain-lain. Harga di atas jalan bagi model 508 SW adalah RM179,888.

508 Standard

Model ini dijana oleh enjin twin-scroll turbocharged yang sama dengan versi Premium dan SW dengan dengan kotak gear adaptive automatik  enam kelajuan dengan paddle shifter, fungsi  tiptronic dan sport mode.

Harga di atas jalan bagi model 508 Standard adalah RM155,888. Kesemua lima varian tersebut diberi jaminan 5 tahun tanpa had mileage.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

* Terima kasih kepada sahabat saya Arish Qutb Ahmad Khan kerana sudi berkongsi maklumat ini.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

4 Comments


  • the wagon dah masuk list. penantian satu penyeksaan laa…adoi..tak sabor den..
    preve tak jadi.
    mahal pun mahallah, janji SUKER!!!!!
    mmg gempak!!!!


      • saya bukan bandingkan kelas kereta sebenarnya.
        saya hanya cakap pilihan hati.
        huhu…

        nak tunggu proton buat model macam ni?
        ibarat menunggu gajah bertelor ayam..

        selagi azlan tak diganti dgn orang lain, selagi itulah design kereta proton akan jadi bare dan stereotype…(maaf banyak2 kalau azlan baca)

        kami pembeli nak kereta yang indah dipandang, praktikal, selesa dan berteknologi.

        btw, masalah bunyi angin preve tu bila nak settle?
        sajer tanya…

Leave a Reply