ARKIB

KATEGORI

Buletin

Naza Eastern Motors lancar model edisi terhad Suzuki Jimny Arctic – Harga RM167,900

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors Sdn. Bhd. baru-baru ini telah melancarkan varian baharu Suzuki Jimny Arctic semasa edisi ke-3 acara Jimny Lifestyle Drive.

Suzuki Jimny Arctic ditawarkan pada harga RM167,900 (tidak termasuk insurans). Naza Eastern Motors juga menawarkan promosi pembeli terawal (early bird) khas untuk Jimny Arctic dengan rebat sehingga RM7,000 untuk tempoh terhad.

Acara Jimny Lifestyle Drive telah berjaya mengumpulkan hampir 50 unit Jimny untuk konvoi menarik ke Aman Rimba Private Estate di Janda Baik, Pahang.

Konvoi ini dilepaskan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Naza Automotive Group, Rizal Jailan dan Ketua Pegawai Operasi Naza Eastern Motors, Mohamad Irwan Shahril di bilik pameran Suzuki Cars Malaysia di Petaling Jaya.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Dalam ucapannya, Irwan berkata, pelancaran Jimny Arctic pada Jimny Lifestyle Drive tahun ini merupakan pencapaian penting untuk Suzuki Cars Malaysia.

Tambah beliau, Jimny Arctic adalah model edisi terhad yang direka khusus untuk pelanggan tempatan. Ia menawarkan penambahbaikan reka bentuk dan aksesori unik yang direka khas untuk pasaran Malaysia.

Antara ciri-ciri unik Suzuki Jimny Arctic, adalah:

  • Ciri luaran: Visor pintu, cermin gelap pada 3-panel, penutup tayar bertemakan Arctic dan pelapik lumpur hitam.
  • Ciri dalaman: Kemasan audio sentuhan premium, alas kaki mewah, dan kemasan tempat duduk kulit Nappa dwitona.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Pelancaran Jimny Arctic menetapkan piawaian baharu dalam pasaran 4×4 kompak, menggabungkan ketahanan, kebolehpercayaan, dan semangat pengembaraan.

Direka untuk mereka yang gemar meneroka, model ini mencerminkan komitmen Suzuki untuk menghasilkan kenderaan luar biasa yang memenuhi keperluan peminat aktiviti luar.

Melalui acara seperti Jimny Lifestyle Drive, Suzuki terus mengukuhkan hubungan dengan komuniti peminatnya, memberikan pengalaman eksklusif dan mendalam dengan inovasi terkini.

Acara ini bukan sahaja meraikan semangat pengembaraan, malah memperkukuh komitmen Naza Eastern Motors terhadap kepuasan pelanggan serta hubungan yang bermakna dengan komuniti Suzuki.

Selain varian baharu ini, dua pilihan warna baharu turut diperkenalkan bagi Suzuki Jimny 3-Pintu All Grip, iaitu Pearl White dan Chiffon.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply