ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Naza Premira bawa pengedar melawat Vietnam

Views

Minggu lalu, Naza Premira Sdn. Bhd. pengedar tunggar jenama Piaggio, Aprilia dan Vespa di Malaysia telah mengadakan Lawatan Insentif Tahunan untuk pengedarnya ke Hanoi, Vietnam. Lawatan selama lima-hari empat-malam ini menunjukkan betapa seriusnya Naza Premira dan Piaggio Asia Pacific untuk memacu perniagaannya di Malaysia.

Peserta berpeluang untuk melawat fasiliti pengeluaran Piaggio untuk melihat secara dekat proses penghasilan Vespa dan Piaggio serta menunggang uji model terbaharu yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Sesi demonstrasi khas turut dianjurkan bagi menunjukkan bagaimana sistem brek anti-kunci (ABS) pada model Vespa dan Piaggio berfungsi.

Acara kemuncak adalah Persidangan Pengedar Tahunan yang memberi penghargaan kepada pengedar yang cemerlang pada tahun 2016 selain berbincang mengenai perancangan strategik untuk tahun 2017. Lawatan berakhir dengan lawatan persiaran di Hanoi dan pelayaran semalaman di Hualong Bay yang cukup terkenal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Naza Premira - Annual Dealers' Incentive Trip - 1 Naza Premira - Annual Dealers' Incentive Trip - 2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply