ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nazir Razak seronok jadi pemandu airasia ride, 4 jam dapat RM67

Berita Tempatan

Views
airasia Ride | Driving with Nazir Razak

Sejak perkhidmatan e-panggilan terbaharu airasia ride dilancarkan kurang dari sebulan lepas, lebih 5,000 permohonan pemandu telah diterima termasuklah dari tokoh terkemuka perbankan seperti Datuk Seri Nazir Razak, yang baru-baru ini meluangkan masa selama satu hari untuk merasai pengalaman sebagai pemandu airasia ride.

Menurut portal Dagang News, Pada 31 Ogos lalu, Nazir memulakan misinya untuk memandu seberapa ramai penumpang yang boleh dalam tempoh masa 4 jam bertugas sebagai pemandu airasia ride.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Sambil memandu, beliau meluangkan masa bersama-sama rakyat Malaysia bersembang mengenai Kemerdekaan, negara Malaysia, tip kewangan dan mengimbas kembali impian bapa beliau (Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua) untuk negara kita serta situasi semasa.

Bukan itu sahaja, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group, Datuk Kamarudin Meranun juga dapat merasai pengalaman menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV), Toyota Harrier yang dipandu oleh Nazir dalam perjalanan ke rumah.

Nazir, semasa mengimbas pengalaman beliau bertugas pada Hari Kebangsaan sebagai seorang pemandu airasia ride berkata, pengalaman ini amat menyeronokkan!

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Katanya, pemanduan selama 4 jam membolehkannya memperolehi RM67 (tanpa tip) dan jika bekerja sepenuh masa, beliau mungkin dapat memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM250 sehari.

Beliau juga berasa teruja untuk bertemu dengan ramai penumpang dan beramah mesra dengan mereka. Kata Nazir, jika mempunyai masa lapang, beliau pasti akan meminta Tan Sri Tony untuk membenarkannya memandu lagi untuk merasai pengalaman meraih pendapatan dan tip untuk perkhidmatan terbaik selain menikmati perbualan yang menarik.

Selain Lembah Klang, airasia ride telah berkembang ke Langkawi bermula 16 September dan perkhidmatan e-panggilan ini juga akan dilancarkan ke bandar-bandar lain di seluruh Malaysia pada masa hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply