ARKIB

KATEGORI

Tular

Nenek dapat lesen memandu selepas 960 kali mencuba dan habis dekat RM60K, Hyundai bagi hadiah KIA Soul!

Tular

Views

Seorang wanita warga emas di Korea Selatan akhirnya lulus ujian memandu pada percubaan kali ke-960 selepas membayar lebih £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesennya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Cha Sa-soon, 69, mula menduduki ujian bertulis pada April 2005 dan selepas gagal buat kali pertama, dia terus mengambilnya semula pada setiap hari dalam lima hari seminggu selama tiga tahun.

Selepas 780 percubaan, Sa-soon mengambil hanya dua kali ujian bertulis dalam seminggu sehingga dia akhirnya lulus dan perlu meneruskan ujian praktikal latihan memandu.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Sa-soon lulus ujian memandu selepas mencuba 10 kali. In bermakna dia telah melalui 960 peperiksaan secara keseluruhan sebelum akhirnya mendapat lesen.

Wanita itu enggan berputus asa kerana dia memerlukan lesen kenderaan untuk memudahkan perniagaan sayur-sayurannya. Menurut laporan, Sa-soon membelanjakan hampir £11,000 (RM59,644) untuk mendapatkan lesen memandu.

Guru memandunya di Sekolah Memandu Jeonbuk berkata, dia berasa lega apabila Sa-soon akhirnya mendapat lesen. “Apabila dia akhirnya mendapat lesen, kami semua keluar sambil bersorak dan memeluknya serta memberinya bunga.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

“Rasanya seperti beban besar dialihkan dari belakang kami. Kami tidak berani untuk menyuruhnya berhenti kerana dia terus muncul,” katanya.

Disebabkan beberapa percubaannya mengambil ujian memandu, Sa-soon menjadi selebriti negara dan muncul dalam iklan syarikat pengeluar kereta, Hyundai.

Hyundai malah menghadiahkan Sa-soon sebuah kenderaan baharu berharga hampir £11,640 (RM63,117). – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The New York Times

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply