ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Nenek ‘hot’ umur 79 tahun pandu kereta F1!

Views
79 year-old Rosemary Smith takes The Ultimate Test Drive

Kat tempat anda wanita yang berusia 79 tahun ni dipanggil Nenek ke Opah ke Wan ke Mak Tok? Biasanya dalam usia sebegini mungkin ramai antara mereka ada sibuk bermain dengan cucu atau cicit atau sering mengalami masalah kesihatan. Namun lain pula kisahnya dengan nenek bernama Rosemary Smith yang dijemput untuk memandu uji kereta F1 moden sempena ulangtahun ke-40, Renault Sport.

Nenek ni bukan calang-calang orangnya. Kalau anda nak tahu, beliau merupakan seorang pelumba rali wanita veteran yang berasal dari Ireland dan pernah memenangi perlumbaan rali Tulip pada tahun 1965 di Belanda. Beliau kini mengusahakan kedai menjual pakaian sejak 10 tahun lalu selain menguruskan sekolah memandu yang menggunakan Renault Clio dan menjalankan kempen untuk medidik pemandu muda di negaranya.

Dengan bantuan dari pelumba Renault, Joylon Palmer beliau memandu jentera Lotus-Renault E21 2013 yang dicat semula mengikut warna tema pasukan yang terkini. Nak tahu bagaimana beliau beraksi dengan jentera lumba 800 kuasa kuda ini mengelilingi litar Paul Ricard di Perancis? Jom kita saksikan video ini.

Boleh tahan laju jugak nenek ni memandu. Gerenti anak, cucu dan cicit dia bangga giler kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply