ARKIB

KATEGORI

Buletin

Netflix guna rekaan 3D Proton Saga Saharudin Busri untuk promosi filem Seoul Vibe!

Berita Tempatan

Views

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Malaysia (@netflixmy)

Kami cukup yakin, ramai di kalangan pembaca laman web kami pasti mengenali individu bernama Saharudin Busri atau lebih mesra dipanggil Wak ni kan? Boleh dikatakan hampir semua hasil karya rekaan 3 dimensi (3D)nya akan tular di media-media sosial setelah ceritanya dipaparkan di sini.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-65 semalam, hasil karya terbaharunya iaitu Proton Saga versi modifikasi ekstrem telah dipaparkan di laman Instagram rasmi, Netflix sebagai bahan promosi untuk tayangan filem berbahasa Korea, Seoul Vibe di platform penstriman hiburan nombor satu di dunia itu untuk pasaran Malaysia.

Seoul Vibe merupakan filem bergenre komedi aksi yang diarahkan oleh Moon Hyun-sung. Filem yang mula ditayangkan sejak 26 Ogos itu dibintangi oleh Yoo Ah-in, Go Kyung-pyo, Lee Kyu-hyung, Park Ju-hyun, Ong Seong-wu, Kim Sung-kyun, Moon So-ri, dan Jung Woong-in.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ia memaparkan kisah sekumpulan pemandu dan mekanik yang berganding bahu dan menyamar untuk membongkar skandal pengubahan wang haram terbesar, beberapa hari sebelum menjelangnya Sukan Olimpik Seoul pada tahun 1988.

Anda boleh menonton sedutan filem Seoul Vibe di bawah. Syabas kami ucapkan kepada Saharudin Busri!

Seoul Vibe | Official Trailer | Netflix

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply