ARKIB

KATEGORI

Buletin

Niat nak membantu mangsa banjir, Fikry Ibrahim sanggup beli Ford Ranger

Berita Tempatan

Views

Melihatkan amaran bencana setiap penghujung tahun membuatkan pelakon Fikry Ibrahim enggan bertangguh membeli kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger untuk kegunaan misi bantuan banjir.

Menurut Berita Harian, ia berikutan tenaga dihulurkannya agak terhad kerana tiada kenderaan sesuai ketika musibah banjir yang mendatangkan kerosakan di beberapa kawasan seperti Taman Sri Muda, Shah Alam dan Hulu Langat, tahun lalu.

Dengan adanya kenderaan pacuan empat roda, Fikry berkata, dia dapat sampai ke kawasan bencana dengan segera. Katanya, dia dan rakan tidak dapat masuk ke kawasan terjejas teruk kerana tiada kenderaan bersesuaian untuk menarik bot.

Jadi, dia tidak berfikir panjang, sebaliknya segera membeli kenderaan pacuan empat roda, minggu lalu. Sebelum ini, dia berhasrat membelinya untuk perniagaan, tetapi sering tertangguh. Namun, sebelum musibah banjir berlaku dia tidak mahu menangguhkannya lagi.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kongsi Fikry, dia tidak dapat membantu mangsa banjir gara-gara tidak memiliki kenderaan pacuan empat roda, tahun lalu.

Namun, katanya, dia putus semangat untuk membantu apabila berkongsi duit bersama rakan membeli dua kayak dan meminjam kereta pacuan empat roda bagi meneruskan usaha mengagihkan barangan seperti selimut dan makanan.

Fikry tidak menghebohkan kerja kebajikan ini kerana bimbang dituduh riak. Lagipun, apa yang dia dan rakannya usahakan tidak seberapa jika dibandingkan dengan orang lain.

Namun, dia rasa terpanggil berkongsi dalam media sosial, baru-baru ini agar lebih ramai bersama menghulurkan tenaga atau wang ringgit bagi membantu mangsa yang terjejas akibat bencana.Fikry berkata, usaha itu dilakukan bersama beberapa rakan baik termasuk pengarah drama.

Jelas Fikry, sumbangan dihulurkan daripada duit poket mereka tanpa meminta bantuan sesiapa. Ini kerana dia tidak berani memegang amanah terutama membabitkan wang ringgit.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Sebenarnya, kegiatan ini sudah lama dilakukan sebelum banjir besar melanda Shah Alam dan Hulu Langat. Sebelum ini, mereka memberi tumpuan di kampung, tetapi bantuan dalam skala kecil dan senyap-senyap sahaja.

Selain itu, mereka juga menghulurkan bantuan kepada kru produksi yang terjejas pada era pandemik. Ada pengarah memperuntukkan duit membeli beras kepada mereka yang memerlukan.

Selesa melakukan kerja kebajikan bersama rakan, Fikry berkata, setakat ini tidak bercadang mengajak lebih ramai menyertai kumpulan mereka. Dia lebih selesa bergerak dengan kelompok kecil, tidak terfikir untuk mengajak orang lain menyertainya.

Mereka juga tidak terfikir membuka akaun untuk mengutip derma. Fikry tahu jika akaun itu diwujudkan, sudah tentu ramai ingin menderma, tetapi dia tidak berani memegang amanah.

Ini kerana jika terambil hatta satu sen sekalipun ia akan mendatangkan kesusahan. Jadi, dia lebih selesa bergerak dengan tiga hingga empat rakan. selebihnya mereka meminta bantuan dari sudut tenaga.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Fikry Ibrahim

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply