ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nikmati pembayaran pantas dan mudah di semua stesen Petronas di Lembah Klang menerusi aplikasi Setel

Berita Tempatan

Views

Aplikasi pembayaran minyak mudah alih pertama di Malaysia, Setel kini boleh digunakan di semua stesen Petronas di Lembah Klang. Ia turut secara rasminya mengumumkan ciri terbaharu Refer A Friend yang membolehkan Setel untuk terus menggalakkan penggunaan, sambil memberi ganjaran kepada pengguna sedia ada untuk menghebahkan aplikasi tersebut.

Setiap kali kod rujukan unik digunakan untuk mendaftar pengguna baharu dan pengguna baharu melakukan transaksi minima RM30 untuk membeli minyak menerusi aplikasi tersebut, perujuk akan menerima kredit untuk minyak. RM5 dan RM6 akan diberikan untuk perujuk pertama dan kedua, manakala perujuk ketiga akan menerima RM7. Pengguna yang dirujuk juga akan mendapat RM5.

JOM BACA >> INTIP : Proton semakin ‘rancak’ menguji Saga facelift 2019 – Ini info terbaharu yang kami terima

Menurut Iskandar Ezzahuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Setel, pengenalan ciri Refer A Friend ini adalah cara mereka untuk memberi ganjaran kepada pengguna semasa sambil menggalakkan lebih ramai orang menikmati kemudahan yang Setel bawakan untuk mengisi minyak. Dengan Setel, pelanggan boleh menikmati kemudahan dan pengalaman runcit, pengisian minyak yang lebih pantas dan ganjaran kesetiaan.

Setel merupakan sebahagian dari inisiatif Petronas Dagangan Berhad (PDB) untuk melibatkan komuniti permulaan dalam mewujudkan penciptaan inovatif bagi meningkatkan pengalaman pelanggan. Mula dilancarkan pada Julai 2018, aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan pembayaran dan ganjaran kesetiaan dalam satu aplikasi.

JOM BACA >> Gambaran bentuk papan pemuka Proton Saga facelift 2019

Pelanggan juga boleh mengelakkan bayaran pendahuluan RM200 yang ditanggung semasa menggunakan kad kredit dan debit dengan menggunakan ciri aplikasi e-dompet. Semua urus niaga direkodkan dan e-resit mudah membolehkan gambaran keseluruhan perbelanjaan untuk minyak yang lebih baik.

Setel disepadukan dengan program kesetiaan Petronas Mesra yang membolehkan pengguna mendapat mata Mesra tanpa perlu meleretkan kad mereka secara fizikal. Ia kini boleh digunakan di semua stesen PETRONAS di Lembah Klang dan boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan Android melalui Apple App Store dan Google Play Store.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton Saga facelift 2019 dikesan sedang mengisi minyak
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply