ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Australia tayang foto rasmi Navara Pro-4X Warrior 2021

Berita Global

Views

Nissan Australia mula ‘menguji keimanan’ para penggemar trak pikap di negara tersebut dengan menayangkan foto rasmi model andalan Navara Pro-4X Warrior 2021 yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Warrior asalnya merupakan model Pro-4X yang telah diubahsuai oleh sebuah syarikat kejuruteraan, Premcar yang berpangkalan di Victoria.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Sebelum ini, syarikat tersebut juga bertanggungjawab dalam penghasilan model Navara N-Trek Warrior 2020. Buat masa ini, Nissan masih belum mengeluarkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi teknikal ‘ibu trak’ tersebut. Apa yang boleh dilihat menerusi foto-foto tersebut adalah rekaan hadapan yang diolah semula dengan bampar logam dan plat gelincir yang dicat dengan warna merah menyala, bersama bar lampu LED.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Selain itu, Premcar turut memasang lapik lengkung tayar yang lebih kembang, rim aloi baharu, tayar permukaan-berlumpur dan sistem suspensi yang lebih padu bagi meningkatkan lagi keupayaan Warrior semasa beraksi di laluan off-road.

Menurut pengarah kejuruteraan Premcar, Bernie Quinn, pihaknya telah banyak belajar dari model pertama Warrior, selain mengambil maklum balas yang diterima daripada pelanggan dan media untuk menghasilkan trak pikap yang lebih gagah, andal dan diperhalusi. Tambah beliau, pihaknya cukup yakin yang model ini tiada tandingannya dalam pasaran ute dual-cab di negara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply