ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Nissan GT-R NISMO lakar kemenangan berturut-turut dalam perlumbaan SUPER GT Series

Sukan Permotoran

Views

Nissan GT-R NISMO baru-baru ini melakarkan kemenangan berturut-turut dalam perlumbaan SUPER GT Series 2021 dalam kategori GT500 menerusi jentera #23 MOTUL AUTECH dan #12 CALSONIC IMPUL di litar Suzuka dan Sugo, Jepun.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Jentera #23 MOTUL AUTECH yang dipandu oleh Tsugio Matsuda berjaya tiba dahulu di garisan penamat dengan memintas jentera #3 CRAFTSPORTS MOTUL pada pusingan ke-41 di perlumbaan di Suzuka. Kereta #24 Realize Corporation ADVAN melengkapkan podium di tempat ketiga.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Kereta bernombor #23 MOTUL AUTECH turut dipandu oleh Ronnie Quintarelli. Litar Sportsland Sugo pua menyaksikan jentera Nissan GT-R NISMO #12 CALSONIC IMPUL yang dipandu oleh gandingan Kazuki Hiramine dan Nobuharu Matsushita mencatatkan kemenangan sulung mereka sepanjang lima tahun.

Menurut pengasas dan prinsipal pasukan IMPUL, Kazuyoshi Hoshino, beliau berasa lebih lega daripada gembira kerana sampai sekarang mereka masih belum mencatatkan keputusan yang diharapkan, sehingga sanggup ‘memecat dirinya sendiri’ beberapa kali sebelum ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply