ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan GT-R pertama berada pada ketinggian 5,200 meter dari paras laut

Views

Siapa berani nak pandu supercar untuk berada pada ketinggian 5,200 meter dari paras laut? Kalau kenderaan lasak seperti 4 x 4 atau SUV tu mungkin la masuk akal juga kan? Tetapi ini yang telah dibuktikan oleh seorang pengembara dari Singapura, Kah Chuan Hoong yang memandu Nissan GT-R dan telah berjaya membawa supercar tersebut sampai ke Base Camp, Gunung Everest.

Beliau telah tiba di sana pada hari Isnin, 24 Oktober lalu selepas 18 bulan memasang angan angan dan membuat perancangan rapi. Buktinya, beliau telah merakamkan beberapa foto dan mendapatkan sehelai baju-t. Jika melihat foto foto yang dimuat naik ke laman Facebook peribadinya, ternyata beliau seorang yang berjiwa kental dan tak sayang harta benda kerana telah ‘melenjan’ Nissan GT-R seperti sebuah kenderaan offroad. Beliau dijangka pulang ke Singapura pada pertengahan November nanti.

Syabas diucapkan kepada beliau. Anda memang jenis hati kering!

KLIK UNTUK BESARKAN

14522809_1115986718455123_4668672025351704131_n 14595614_1115986878455107_7225863750975528409_n 14670853_1115985615121900_8403402963685753622_n 14671339_1115971135123348_7573708868898551728_n 14708381_1115988101788318_1032719407124052322_n 14720606_1115985658455229_3354550397249616965_n 14724577_1115983301788798_2597396778753328085_n 14731331_1115983271788801_5297179719711047060_n

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply