ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Juke 2020 – Lebih ranggi, luas dan ringan

Berita Global

Views

Nissan Juke kembali menerusi generasi keduanya setelah membuat kemunculan pertama kira-kira sedekad lalu. Model Juke 2020 masih mengekalkan reka bentuknya yang ranggi tetapi keluasannya telah bertambah, terima kasih kepada pelantar CMF-B serba baharu yang turut dikongsi bersama dengan Renault Captur dan Clio generasi terkini.

Juke 2020 mempunyai dimensi 4,210 mm panjang, 1,595 mm tinggi dan 1,800 mm lebar, namun berat badannya berjaya diturunkan sehingga 23kg berbanding model terdahulu. Reka bentuknya kini lebih atletik berbanding sebelumnya dengan menampilkan rekaan “bumbung terapung” dan lekuk badan yang lebih menonjol.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Paling menyerlah adalah bahagian depan yang kini memaparkan jeriji V-motion yang nampak lebih padu dan diapit dengan sepasang lampu nyalaan siang LED nipis dan lampu utama LED di bahagian bampar yang masih mengekalkan bentuk bulat seperti rekaan model sebelumnya.

Rekaan lampu belakang turut menggunakan jenis LED dan kali ini, para pereka Nissan telah mengolah kembali bentuk boomerang pada model terdahulu kepada rekaan yang lebih konvensional. Sebelas (11) pilihan warna ditawarkan pada Juke 2020 termasuklah satu warna eksklusif, Fuji Sunset. Nissan turut menawarkan pilihan peribadi untuk para pelanggan memilih warna luaran bersama bampar kustom, sil sisi dan rim aloi bersaiz 19-inci.

Ruang dalaman model ini turut mengalami perubahan dan lebih luas. Nissan berkata, ruang lega lutut telah bertambah kepada 58 mm, ruang lega kepala bertambah 11 mm dan ruang bagasinya juga turut bertambah 20 peratus kepada 422 liter. Selain ruang kabin yang lebih luas, Nissan turut menampilkan reka letak papan pemuka serba baharu bersama paparan “terapung” di bahagian tengah, stereng pelbagai fungsi dan bilangan butang yang dikurangkan pada konsol tengah.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Sistem infohiburan NissanConnect terbaharu menawarkan paparan sentuh bersaiz 8-inci yang serasi dengan Apple CarPlay, Android Auto, dan Google Assistant. Sistem bunyi lapan pembesar suara Bose Personal Plus turut ditawarkan bagi meningkatkan kualiti audio. Crossover kompak ini dikuasakan oleh enjin petrol tiga silinder 1.0 liter DIG-T pengecas turbo yang mempu menghasilkan 115 kuasa kuda yang disambungkan dengan pilihan transmisi sama ada enam-kelajuan manual atau tujuh-kelajuan dwi-klac automatik dengan paddle shifter dan pilihan mod pemanduan.

Dari segi keselamatan, Juke 2020 dilengkapi dengan teknologi Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi Brek Kecemasan Pintar dengan Pengecaman Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal, Pengecaman Papan Tanda Trafik, Intervensi Lorong Pintar, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Amaran Titik Buta.

Casis Juke 2020 dikatakan lebih tegar dengan penggunaan lebih banyak keluli berkekuatan-tinggi yang menawarkan lebih kestabilan, prestasi dan keupayaan di selekoh. Nissan akan terus mengeluarkan Juke 2020 di kilang pengeluarannya yang terletak di Sunderland, UK. Penghantaran akan bermula pada penghujung bulan November untuk pasaran Eropah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply