ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Leaf Nismo buat kemunculan di Tokyo Motor Show 2017

Views

Nissan mengambil kesempatan sempena acara Futures 3.0 untuk menayangkan imej model konsep Leaf Nismo yang bakal membuat kemunculan sulung di Tokyo Motor Show 2017 pada hujung bulan ini. Tiada butiran lanjut mengenai model ini, namun dari imej yang dipertontonkan, model konsep Leaf Nismo bakal dilengkapi dengan bampar depan baharu dengan bukaan udara yang lebih luas dan lampu kabus LED. Ia turut dipasang dengan spoiler bibir hadapan berwarna merah, hud hitam dan rekaan rim aloi yang unik.

Menambahkan gaya sporty model ini, ia tampil dengan bumbung berwarna hitam dan kemasan jalur merah pada bahagian skirt sisinya. Autocar melaporkan Naib Presiden Senior Nissan untuk Rekabentuk Global, Alfonso Albaisa sudah mengesahkan perancangan untuk mengeluarkan model ini. Nissan Leaf dilengkapi dengan pek bateri lithium-ion 40 kWh yang menjana motor elektrik yang mampu menghasilkan 147 hp dan 319 Nm daya kilasan. Ia mampu bergerak sejauh 241 km untuk sekali cas penuh.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply