ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan perkenal SUV kecil Magnite Concept – Bakal dilancarkan di India pada Januari 2021

Berita Global

Views

Nissan menambah lagi barisan SUVnya dengan memperkenalkan Magnite Concept. Nama Magnite merupakan gabungan dua perkataan iaitu “magnetic” dan “ignite” yang menurut Nissan untuk menonjolkan reka bentuk dan menandakan “permulaan era baharu yang ingin dibawa oleh syarikat tersebut di India“.

Apa yang dapat dilihat buat masa ini hanyalah versi konsep, yang keudiannya akan disusuli dengan model pengeluaran pada tahun fiskal 2020 di India dengan sedikit perubahan. Model ini bakal berentap dalam segmen-B di negara tersebut dan mengikut perancangan asal, Magnite (namakod EM2) sepatutnya menggunakan lencana Datsun.

JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

Namun, sejak plan penstrukturan semula jenama bajet itu menyaksikan projek EM2 telah dipindahkan ke jenama teras pengeluar tersebut. Menurut Pengarah Urusan, Nissan Motor India, Rakesh Srivastava, Nissan Magnite adalah anjakan evolusi dalam DNA SUV global dengan teknologi yang tercanggih.

Reka bentuk model ini disiapkan di Jepun dengan memfokuskan segala keperluan dan aspirasi pelanggan di India. Menurut Nissan, Magnite akan menampilkan penawaran premium dengan reka bentuk yang bergaya. Sekilas pandang, rekaan model ini mengingatkan kita kepada Kicks yang bersaiz lebih besar.

Jika anda seorang yang peka, jeriji berbentuk oktagon dan lampu siang LED (DRL) berbentuk huruf-L yang kelihatan lebih cederung kepada lenggok rekaan Datsun berbanding Nissan. Buat masa ini, rekaan kabinnya tidak didedahkan, namun menurut Nissan ia antara yang paling lapang dalam kelasnya.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!

Kata Nissan lagi, ia akan dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 8-inci, teknologi terhubung, kamera 360-darjah dan kawalan jelajah. Selain itu, kawalan iklim automatik dan stereng pelbagai fungsi juga akan termasuk dalam pakej yang ditawarkan nanti.

Autocar India berkata, Magnite hanya akan tiba di India di Januari 2021 dengan dua pilihan penjana. Untuk varian asas ia akan dlengkapi dengan enjin petrol 1.0-liter tiga silinder dengan output 72 kuasa kuda yang turut dikongsi bersama model Renault Triber.

Enjin ini akan disambungkan dengan kotak gear lima-kelajuan manual dengan pilihan transmisi automatik. Untuk varian yang lebih tinggi, ia akan dijana dengan enjin 1.0-liter tiga silinder turbo dengan output 95 kuasa kuda yang digandingkan bersama dengan pilihan transmisi lima-kelajuan manual atau CVT.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply