ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Sylphy generasi baharu buat penampilan sulung di Shanghai

Berita Tempatan

Views

Nissan dah kembali! Ini sahaja yang boleh katakan sejak kami mula terpikat dengan hala tuju reka bentuk baharu mereka yang ditonjolkan pada model Versa/Almera generasi baharu. Kini tiba giliran abangnya, Sylphy/Sentra generasi baharu membuat kemunculan pertamanya di Shanghai Motorshow 2019.

Tiada lagi rekaan citarasa ‘pakcik tua’ yang agak bosan dan feminin, kali ini Sylphy tampil dengan gaya yang lebih mantap dan maskulin. Dari luar ia lebih garang dengan lampu depan sepet dan tajam yang bersambung dengan jeriji V-motion 3 dimensi yang lebih tirus ke bawah.

Walaupun ia nampak seperti rupa memerang, tapi ia jauh lebih menawan berbanding model sebelumnya. Rekaan bampar depan dengan sepasang lampu kabus dan lubang angin yang melentik ke atas, menjadikan wajah model ini lebih seimbang.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Apa yang mengejutkan, Nissan berkata reka bentuk luaran yang digayakan semula ini membolehkan Sylphy baharu mencapai tahap pekali seretan (coefficient drag) hanya 0.26, menjadikannya setanding dengan Nissan GT-R! Fuh, bukan biasa-biasa!

Pengeluar dari Jepun ini masih lagi berahsia mengenai penjana tenaga model ini secara terperinci, mereka hanya memberitahu model ini bakal menggunakan enjin baharu Generasi Ketiga HR16DE yang digandingkan bersama transmisi Xtronic.

Mungkin perincian mengenai enjin model ini akan diumumkan secara berperingkat semasa acara Shanghai Auto Show berlangsung. Jika anda kagum dengan perubahan luaran, anda pasti akan lebih teruja dengan penggayaan di bahagian dalaman.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Susun atur rekaan papan pemukanya cukup bergaya dengan permainan dua tona-warna. Setiap kemasan dan perincian yang dibuat dengan lebih teliti dan nampak mewah. Sekilas pandang ia persis papan pemuka sebuah model Mercedes-Benz generasi baharu terutama sekali bentuk corong pendingin hawa.

Paparan meternya juga lebih tersusun dan kemas yang menggabungkan kombinasi analog dan digital. Nissan Sylphy generasi baharu dilengkapi dengan beberapa ciri terkini dalam kereta moden seperti Kawalan Jejak Pintar, Kawalan Pemanduan Pintar, Brek Kecemasan untuk Kesilapan Pedal, Amaran Perlanggaran Hadapan Pintar, Amaran Titik Buta, Amaran Keluar Lorong dan Amaran Pemanduan Pintar.

Buat masa ini harga model ini masih lagi belum diumumkan secara rasmi. Kami berharap pihak ETCM akan membawa masuk model generasi baharu Sylphy dan Almera mulai tahun hadapan. Mungkin kedua-dua model ini mampu mengubah nasib jenama Nissan di pasaran Malaysia kelak.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply