ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Terra bakal buat kemunculan di China

Views

Nissan telah mengumumkan pengenalan SUV Terra serba baharu yang bakal dilancarkan di China pada musim bunga nanti dan kemudiannya disusuli oleh beberapa pasaran terpilih di Asia. SUV berasaskan-kerangka ini akan menjadi kenderaan pertama dari bahagian LCV dan kerangka Nissan yang bakal dilancarkan di bawah pelan pertengahan syarikat, “Nissan M.O.V.E to 2022” apabila ia membuat kemunculan pertama di China nanti.

Unit perniagaan LCV dan kerangka Nissan bakal membangunkan beberapa model seperti SUV, trak pikap, van, trak tugas-ringan yang dilihat sebagai kritikal untuk mencapai objektif perancangan syarikat. Satu daripada enam kenderaan Nissan yang dijual secara global adalah dari kenderaan yang berasaskan-kerangka atau LCV, dan syarikat kini memfokuskan untuk mengambil kesempatan potensi penuh bahagian ini.

Objektif unit perniagaan di bawah pelan pertengahan tremasuklah meningkatkan jualan kepada lebih 40 peratus menjelang 2022 dan menjadi peneraju global dalam trak pikap dan SUV berasaskan-kerangka. Naib presiden kanan perniagaan LCV dan kerangka Nissan, Ashwani Gupta berkata Nissan Terra yang akan tiba di China tak lama lagi adalah sebuah SUV yang praktikal, tulen dan direka untuk pergi ke mana-mana sahaja.

Pada 2017, unit perniagaan LCV dan kerangka global Nissan berjaya menjual 907,929 unit kenderaan, peningkatan kira-kira 7 peratus dari tahun sebelumnya. Maklumat lanjut mengenai Nissan Terra akan dikeluarkan pada bulan April nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply