ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan X-Trail Flaming Red nyalakan semangat Tahun Monyet Api

Views

Sempena ketibaan Tahun Monyet Api tidak lama lagi, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah memperkenalkan warna merah Flaming Red baharu untuk Nissan X-Trail. Pengenalan warna merah solid bersama kemasan berkilat itu telah memberi sentuhan yang lebih garang buat X-Trail.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Nissan X-Trail dengan warna merah baharu ini bakal menambah kemeriahan sempena sambutan Tahun Baru Cina. Merah sememangnya warna yang penuh semangat dan melambangkan cinta dan api, serta sering dikaitkan dengan keghairahan. Bagi masyarakat Cina, warna merah melambangkan nasib yang baik, kemakmuran dan kegembiraan.”

X-Trail untuk pasaran tempatan ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD. Kedua-dua varian ini dilengkapi dengan transmisi Xtronic CVT Nissan generasi baharu bersama mod manual 7-kelajuan. Varian premiumnya, 2.5L 4WD dikuasakan oleh enjin QR25DE-k2 dengan Twin CVTC yang mampu memberikan kuasa maksimum 171PS dan tork 233Nm. Varian 2.0L 2WD pula dipasang dengan enjin MR20DD dengan Twin CVTC, yang mampu menjana kuasa sehingga 144PS dan tork 200Nm.

Ditawarkan dalam unit terhad, Nissan X-Trail dengan warna Flaming Red ini dijual pada harga RM159,164.06 untuk 2.5L 4WD dan RM136,976.96 bagi varian 2.0L 2WD (harga di atas jalan termasuk GST tanpa insurans di Semenanjung Malaysia). Nissan X-Trail ini turut ditawarkan bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Tempahan untuk Nissan X-Trail dengan warna baharu ini boleh dibuat di semua bilik pameran sah Nissan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut hubungi talian 1800-88-3838 atau layari laman web: www.nissan.com.my.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply