ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan X-Trail X-Tremer diperkenalkan

Views

Minggu lalu ETCM telah melancarkan varian Nissan X-Trail X-Tremer baharu yang hadir dalam dua tona warna merah (Passion Red) bersama berberapa komponen yang digelapkan termasuklah bumbung dengan siluet hitam baharu, rel bumbung hitam baharu, spoiler belakang, cermin sisi berwarna hitam dan rim aloi lima jejari bersaiz 17” hitam berkilat.

Turut dipertingkatkan adalah kemasan X-Face pada bahagian hadapan selain pelindung bampar belakang berwarna krom yang baru dan tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna hitam. Nissan X-Trail dilengkapi dengan teknologi canggih seperti Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi Intelligent Around View Monitor untuk perspektif pandangan 360 darjah yang membantu ketika diparkir serta memudahkan navigasi.

Intelligent Ride Control pula mengurangkan olengan yang dialami oleh pemandu apabila melalui laluan yang tidak rata dengan cara mengawal kuasa tork enjin dan brek, sekali gus meningkatkan keselesaan. Sistem Intelligent Engine Brake mengubah suai jumlah brek enjin untuk mengurangkan pecutan ketika mengambil selekoh atau berhenti.

Manakala Intelligent Trace Control (pertama kalinya diperkenalkan oleh Nissan) berfungsi mengenakan sedikit tekanan brek ke atas roda-roda untuk mengurangkan masalah understeer. Intelligent 4×4 System (4×4-i) pula menawarkan pilihan mod tetap 2WD, Mod Auto (mode 2WD dan 4WD) atau Mod Kunci untuk pacuan semua roda sepanjang masa.

Selain itu, X-Trail turut menerima penarafan 5-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP). X-Trail X-Tremer ditawarkan pada harga RM141,450 (2.0L 2WD) dan RM163,650 (2.5L 4×4-i) serta hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Sementara aksesori yang dipasang dari kilang didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

NISSAN X-TRAIL X-TREMER2.0L 2WD (RM)2.5L 4×4-i (RM)
Semenanjung Malaysia141,450163,650
Sabah & Sarawak143,400165,750
Langkawi102,200116,850
Labuan102,850117,500

*Harga atas jalan termasuk GST (kecuali Langkawi dan Labuan), tidak termasuk Insurans

Pemilik sedia ada Nissan X-Trail (varian Comfort/ Aero Edition/ Premium IMPUL) yang ingin menaik taraf X-Trail masing-masing boleh membeli aksesori-aksesori X-Tremer secara berasingan.

Aksesori Pilihan X-TremerHarga alat ganti
(termasuk GST)
Kemasan X-Face hadapanRM 700
Pelindung Bampar Belakang KromRM 300

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, ETCM menawarkan peluang untuk memenangi sebuah Nissan Teana 2.5L XV pada setiap bulan mulai Januari hingga Mac 2018, AirAsia Big Points atau perkakasan elektrik premium Hitachi bernilai hampir RM600,000 bagi setiap pembelian sebuah kenderaan Nissan baharu.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati Golden Fortune Bonus Set  dengan model-model terpilih Nissan bersama pilihan penjimatan sehingga RM12,000 atau promosi RM1.00 untuk pakej aksesori premium* dan rebat sehingga RM10,500*. Untuk maklumat lanjut layari laman web www.nissan.com.my atau pandu uji mana-mana model Nissan di bilik pameran Nissan seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply